CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1566|Reply: 9

Dah Dua Kali Pembantu Rumah Lari, Ezzaty Abdullah Nekad Nak Jadi Garang

[Copy link]
Post time 18-7-2022 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Sudah menjadi kebiasaan untuk isi rumah setiap keluarga yang berkerjaya memiliki pembantu rumah bagi membantu menguruskan hal-hal seperti mengemas, memasak dan menjaga anak-anak.


Bagaimanapun, tidak semua pembantu rumah yang diambil bekerja itu memudahkan urusan. Sebaliknya, golongan pekerja yang diharapkan untuk meringankan beban majikan di rumah, memberi banyak masalah, malah tambah menyusahkan.


Foto: IG




Begitu pengalaman yang dialami oleh pelakon, Ezzaty Abdullah apabila berdepan dengan pembantu rumah bermasalah sehingga menyakitkan kepalanya.


Bukan hanya sekali tetapi dua kali Ezzaty berdepan dengan pembantu rumah bermasalah apabila bertindak melarikan diri walaupun telah dilayan dengan baik olehnya.


Ezzaty meluahkan perasaan kecewa, marah dan geram apabila dua kali pembantu rumahnya melarikan diri sehingga menyebabkan dia mengalami kerugian ribuan ringgit.




  



“Bukan sekali, tetapi dua kali pembantu rumah saya melarikan diri. Kedua-duanya pembantu rumah dari Indonesia. Sedangkan saya melayan pembantu rumah macam ‘ratu’.


“Pembantu rumah pertama lari sebab kena jaga bayi. Dia tidak tahu antara tugas yang perlu dilakukan adalah menjaga anak saya. Jadi dia beritahu tidak boleh lakukannya kerana tidak pandai jaga bayi.


“Saya minta bersabar sekurang-kurangnya untuk dua minggu kerana perlu mencari pengganti lain, tapi dia tidak sanggup dan akhirnya melarikan diri,” ujarnya.




  



Kata pelakon berusia 32 tahun itu lagi, selepas pembantu rumah itu melarikan diri, dia mencari pengganti juga dari Indonesia. Malangnya selepas sebulan, pembantu itu juga lari kerana mengikut seorang lelaki warga tempatan.


“Pembantu rumah kedua pula, ketika bulan pertama kerja tiada apa-apa masalah. Dia masak pun sedap. Jaga anak bagus. Buat kerja pun tidak perlu disuruh.


“Tetapi di sebalik ‘kebaikan’ yang ditunjukkan, rupa-rupanya dia ada banyak ‘jantan’ di sini (Malaysia) walaupun sudah berkahwin dan mempunyai suami di Indonesia,” jelas Ezzaty.




  



Kata pelakon drama The Maid itu lagi, rahsia tersebut terbongkar selepas dia merampas dan memeriksa telefon bimbit milik wanita terbabit gara-gara rancangannya melarikan diri bersama seorang lelaki warga tempatan ‘kantoi’.


Hasil pemeriksaan, Ezzaty terkejut kerana terdapat banyak mesej lucah dalam aplikasi Telegram antara wanita itu dengan berpuluh orang lelaki.




  



“Pembantu rumah saya yang kedua ini pula gila seks. Hantar gambar yang bukan-bukan dengan lelaki lain. Semuanya warga Malaysia.


“Saya sudah hantar dia pulang semula ke Indonesia walaupun terpaksa menanggung kerugian besar termasuk membelikannya tiket kapal terbang,” katanya.


Kata Ezzaty lagi, mungkin kerana sikapnya yang terlalu baik hati menyebabkan ‘kepalanya dipijak’.




  



“Ramai kata saya terlalu baik. Saya beri mereka telefon bimbit, tak pernah marah apatah lagi tinggikan suara. Kalau berjalan ke mana-mana, siap berpimpin tangan. Sebab saya tak anggap mereka seperti orang luar.


“Ini balasan mereka terhadap saya,” luahnya.


Ketika disoal sama ada serik atau tidak untuk menggunakan khidmat pembantu rumah selepas ini, isteri kepada pelakon Azwan Kombos itu memberitahu bahawa dia tiada pilihan lain kerana tetap memerlukan pertolongan untuk menguruskan hal-hal rumah kerana kesibukan jadual kerja.




  



“Saya tidak serik. Kami suami isteri sibuk dengan kerja. Mahu hantar anak ke rumah pengasuh, waktu kerja kadangkala menuntut saya pulang hingga awal pagi.


“Jadi mahu atau tidak, saya kena percaya dengan pembantu rumah baharu nanti. Cuma selepas ini mungkin saya perlu menjadi lebih garang?” katanya menutup bicara. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 12:22 PM | Show all posts
tak payahlah nak layan maid macam kawan.over, layan cam biasa2 pekerja biasa jelah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 12:35 PM | Show all posts
nekad je la jadi surirumah gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 11:25 AM | Show all posts
ikut rezeki gak maid ni..adetu kite grg lg cepat die bungkus baju....ape2 pon diorg ni x sedor diri,dh pilih nak jd maid..hadap je la..mengada2 kdg2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:07 PM | Show all posts
x taw knp plg  suke tgk muka die ni..cantek yg effortless..
blakon pun pndai camne nth terkawen dgn kombos haha..
muka sama dgn sape yg lagi 2 org tu reen rahim, aishah br kawen tu ngn mimi ernida
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 02:19 PM | Show all posts
Besarnya paha sheols dlm gambar first tu walhal sheols ni tak lah gemuk pun
First time tengok dia ni berlakon drama apa ntah x ingat tajuk, dia jadi anak kedua yg tak digemari oleh mak dia. Abg sheols dlm cerita tu Shahrul Ridzuan
Masa tengok tu dlm hati ckp cantik pelakon ni, x pernah nmpk sebelum ni
Laki sheols ni ex boifren si Nad Zainal kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok jela umh jaga anak sendiri lg bagus..suh husband je cr duit byk2..awak buatlaa bisnes dr rumah setell
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk komen yg best tgk ezaty berlakon dlm drama 4 penjuru
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
dugaannya. sabar ye. moga ALLAH permudahkan. molek jer si ezzaty ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik senyuman sheols. Boleh jadik Zendaya Malaysia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.048510 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list