View: 4120|Reply: 29
|
Memang nak kahwin lagi, tapi sabarlah – Siti Saleha
[Copy link]
|
|
SITI SALEHA
Memang nak kahwin lagi, tapi sabarlah – Siti Saleha
KUALA LUMPUR – “Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa.”
Itu respons pelakon jelita, Siti Saleha berhubung perancangan untuk kembali berumah tangga selepas bercerai pada awal tahun ini
Tidak trauma dengan keruntuhan mahligai yang dibina pada 2017, Siti Saleha, 32, secara jujurnya sama seperti wanita lain yang mendambakan kebahagiaan hidup berpasangan dalam perkahwinan.
“Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.
“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Siti Saleha Mohd. Baharum itu berkata demikian ketika ditemui ketika majlis memperkenalkan barisan juri dan peserta program Muzikal Lawak Superstars 3 (MLS3) di sini baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu dilantik menjadi juri tetap bergandingan bersama Datuk Awie yang akan mula bersiaran pada 22 Julai ini.
“Pada mulanya, saya risau nak terima tawaran sebagai juri maklumlah saya bukan pelawak, ramai lagi yang layak.
“Tetapi ini cabaran, tidak salah saya mencuba. Lagipun, secara peribadi saya sukakan komedi, mudah terhibur dan suka ketawa,” katanya teruja.
Ditebak mengenai hubungannya dengan bekas suami, Saleha enggan mengulas lanjut, namun mengakui mereka bersikap profesional antara satu sama lain.
Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pada 17 Januari lalu.
Pada 13 Oktober 2021, wanita itu mengesahkan memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi, 36, selepas dibenarkan mahkamah. – KOSMO! ONLINE
Berita keretakan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak kerana Siti Saleha tidak pernah berkongsi masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial atau bersama media.Pasangan itu bernikah pada 28 Julai 2017 dan mereka tidak dikurniakan anak.
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... barlah-siti-saleha/
|
|
|
|
|
|
|
|
Takmo ckp pape. Tapi nak kata tek dia memang gebu chuols.. ada satu dua gambar pakai dress merah tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kalu dpt kat soeb, mmg tak kluar rumah dah
Tapi kesian kat leha lah pulak, sepanjang masa nak kena tutup lampu |
|
|
|
|
|
|
|
Siti Saleha Nak Kahwin Dengan Lelaki Simple, Tapi Bukan Sekarang
Kredit foto: IG
Pelakon Siti Saleha mengakui dirinya tidak trauma untuk berumah tangga lagi selepas episod bercerai pada awal tahun ini.
Aktres berusia 32 tahun itu bagaimanapun menjelaskan ia perlu mengambil masa dalam soal pemilihan pasangan.
“Siapa yang tak nak kahwin. Mestilah saya pun nak tapi bukanlah sekarang, kena ambil masa.
Kredit foto: IG
“Sejujurnya, saya sendiri memang nak kahwin lagi tetapi kena perlahan-lahan memilih (pasangan). Sabarlah.
“Kalau jadi nanti (kahwin), saya cuma mahukan lelaki yang simple (ringkas). Paling penting boleh terima diri saya dan apa yang saya lakukan kini. Doakan saya,” katanya kepada Kosmo! Online.
Dalam masa sama, Siti Saleha yang enggan mengulas lanjut mengenai perhubungan dengan suami mengakui mereka bersikap profesional antara satu sama lain.
Kredit foto: IG
Siapalah jejak simple yang bakal bertakhta di hati Siti Saleha nanti. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
enjoy life dulu
nnt ada la tuuuu rezeki nk kawin lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lampuled at 18-7-2022 07:30 AM
Dia ni ada rupa, berbakat and mcm knowledgeable jugak.
Berlakon pun ok, jd host pun ok.
Suka tgk dia jd host dlm women talk tv3 tu.
Semoga bertemu jodoh dgn lelaki yg sesuai. |
|
|
|
|
|
|
|
In a way baguslah dia takde anak dengan ex laki dia tu. Boleh “clean break” gituh. Lawa dia ni. One day adalah jodoh yang lebih sesuai… |
|
|
|
|
|
|
|
di cakap sabar lah..tunggu kerabat or dato2 pinang baru on..setakat marhaen tak pandang |
|
|
|
|
|
|
|
Classy aje jawapan dia berbanding yg sorang tu
Semoga Saleha dapat jodoh yg lebih baik . |
|
|
|
|
|
|
|
Sibuk sgt nak tnya pasal kawen.. mmg elok sgt lah wartawan yg kena sembur dgn noh hujan hrtu. |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna replied at 18-7-2022 08:23 AM
nak tengokkkkk..
Chuols bagi tips mcm mane nak dpt tek gebus .. iols tengok dia iols iz jeles
|
|
|
|
|
|
|
|
wahhh.. ke sbb dia ber-red.. alaa uols letak filler yg legal tu jer, lagi aummmm dari sally..
|
|
|
|
|
|
|
|
gambar baju pink tu nampak macam joanna bessey pulak |
|
|
|
|
|
|
|
mendeluk replied at 18-7-2022 08:50 AM
Chuols bagi tips mcm mane nak dpt tek gebus .. iols tengok dia iols iz jeles
omg gambat muka pandang ke bawah iras elly suriati
masa muda pulak maybe sbb cara senyum ke bawah je la. & again… gambar je kan. hehee
|
|
|
|
|
|
|
|
iols blik raya hr tu tertengok sheols hosting
talk show about women di tv3
speaking berabuk
tp nmpk mcm agk tenggelam berbanding deborah henry yg sblm2 ni mmg biasa buat hosting kt 8tv dgn ntv7
yet still bkn easy job
teirngat sasha dubai 4x cucuk vaksin hosting rncngn mcm ni kt ntv7
not that she cannot speak
tp sheols tenggelam dgn blur2 nya
sempat berapa episod je
pastu hilang
|
|
|
|
|
|
|
|
gmbr ats katil pgg botol
igtkan promote pencuci alat sulit wanita
rupanya hfmd
produk dgn set tak selari
|
|
|
|
|
|
|
|
cantik sheols ni.semoga jumpa lelaki yang menyayangi sheols |
|
|
|
|
|
|
|
lahh sape yg desperate sgt tu.. sukati dia laa nak kawen ke idokk |
|
|
|
|
|
|
|
moga dijodohkn dengn jodoh yg baik dan berkekalan smpai ke akhir hayat ya sally |
|
|
|
|
|
|
| |
|