CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 296|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kanak-kanak derita ketumbuhan leher meninggal dunia

[Copy link]
Post time 16-7-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode

Nurul Safika menghembuskan nafas terakhir jam 6.35 pagi tadi.

Georgetown: Selepas bertahun-tahun bertarung kesakitan akibat ketumbuhan di leher, Nurul Safika Abdullah, 9, dari Kampung Permatang Tepi Simpang Empat, Balik Pulau, dekat sini, meninggal dunia, di Hospital Pulau Pinang (HPP), hari ini.

Menurut ibunya, Noraini Aziz, 39, anak ketiga daripada empat beradik itu dimasukkan ke HPP sejak 16 Jun lalu dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama 18 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir jam 6.35 pagi tadi.

"Sebenarnya arwah sudah dipindahkan ke wad biasa pada awal minggu ini namun keadaannya nampak begitu tenat dalam dua tiga hari kebelakangan ini dan dia dimasukkan semula ke ICU.


"Semalam saya sempat tengok dia buka mata sekejap. Saya reda dengan apa yang berlaku. Semasa anak sakit, saya sendiri turut merasa sakitnya," katanya ketika dihubungi.

Difahamkan murid tahun 3 Sekolah Kebangsaan Balik Pulau itu dimasukkan ke HPP untuk menjalani prosedur pembedahan buat kali kedua selepas pembedahan kali pertama dibuat pada Februari lalu dengan ketumbuhan pada bahagian leher sebelah kirinya kian membesar hari demi hari.

Jenazah disembahyangkan di Masjid Jamek Simpang Empat, Balik Pulau dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Simpang Empat selepas solat Zuhur.

Pada 17 April lalu, Harian Metro melaporkan kanak-kanak itu terpaksa melupakan kehidupan normal seperti rakan sebayanya apabila menghidap ketumbuhan di leher sejak berusia tiga tahun.

Semasa hayatnya, kanak-kanak itu diberi minum ubat melalui saluran tiub setiap enam jam dan dikatakan sering terjaga daripada tidur dan menangis sambil mengadu kesakitan yang dialaminya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... her-meninggal-dunia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:56 PM GMT+8 , Processed in 0.051912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list