CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1272|Reply: 6

Jemaah Haji Indonesia Kantoi Cuba Seludup Air Zamzam

[Copy link]
Post time 15-7-2022 11:53 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai lapangan terbang Arab Saudi menggeledah berpuluh-puluh beg pakaian jemaah haji Indonesia kerana disyaki menyimpan air zamzam yang cuba diseludup keluar dari kota suci Mekah, lapor laman DetikNews.


Cubaan menyeludup air zamzam itu terbongkar selepas bagasi mereka melalui pemeriksaan X-ray sebelum diserahkan kepada jemaah.




Gambar hiasan/Project Zamzam




“Hasil pemeriksaan X-ray ke atas 393 beg pakaian jemaah haji Kloter 1 Padang, 50 beg pakaian didapati mengandungi air zamzam,” kata Ketua Bahagian Perkhidmatan Ketibaan dan Pemulangan (Yanpul) Kawasan Kerja Lapangan Terbang Panitia Penyelenggara Ibadah Haji (PPIH), Edayati Dasril.


Difahamkan, beg-beg pakaian itu milik jemaah haji kumpulan pertama yang sepatutnya tiba di Indonesia hari ini.


Air zamzam yang terdapat dalam setiap beg pakaian diisi dengan sukatan berbeza-beza daripada botol kecil sehingga botol dua liter.


Peraturan keselamatan dan keselamatan penerbangan Arab Saudi (GACA) telah mengeluarkan arahan bahawa jemaah dilarang membawa pulang air zamzam dengan memasukkannya ke dalam bagasi mereka.


Pengerusi Jawatankuasa PPIH, Arsad Hidayat meminta jemaah haji supaya memberi perhatian kepada barang-barang mereka dan tidak melanggar peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi.


“Barang-barang jemaah wajib ditimbang, ditapis terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang terlarang termasuk air zamzam,” tegas Arsad.




Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 05:01 AM | Show all posts
Ada dlm Youtube cara cara utk seludup air zam zam oleh Youtuber Indonesia. Maka tidak lah hairan.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
DARSITA: Ada dlm Youtube cara cara utk  ...


Ada tutorial LOLLL
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
dulu i pun antara yg percaya boleh je seludup dlm bag ape semua ni. namun lepas dgr satu penerangan dari ustaz yg kendalikan kursus haji dari pihak tabung haji di youtube. i rasa dah paham dan sbnrnya mmg tak boleh utk kita bawa balik secara seludup atau sembunyi2. kita seolah2 buat menda yg salah walaupun niat yg baik. kena la ikut peraturan di sana. ada sebab2 keselamatan ye dibuat mcm tu. bagasi tu kalau ada air yg leak waktu dlm kapal terbang mmg naya la. tu salah satu sbbnya. byk lagi sebab2 lain. jd kita ikutla peraturan yg ada tu sebaiknya. kata2 ustaz tu byk yg i rasa senang difahami dan diingati. antaranya, jgn mulakan perkara yg baik dengan perkara yg x baik. atau jgn mulakan perkara yg halal dengan perkara yg haram. antaranya yg i faham, contoh kita sampai kaabah dan niat nk kucup hajarul aswad (baik dan sunat), tetapi kita mula kan dengan tolak orang/ kasari org sekeliling/ cederakan org sekeliling/ bersentuh2 pegang lelaki dan wanita/ upah orang lelaki utk bawa perempuan dgn peluk dan pegang perempuan/ tak mampu menjaga aurat (tudung tertarik) dll maknanya dah jatuh haram. maknanya kita dah buat perkara yg Allah tak sukai semata2 nk kejar perkara yg sunat. jd perkara tu dah jadi x baik. jadi jgnla buat perkara2 mcm tu.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:41 PM | Show all posts
Nak OT, kalo kita selongkar beg milik maid2 yg nk blk Indon mungkin kita akan jumpa pelbagai benda yg x dijangka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 06:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan smuggle jer, curi air zamzam pun ada jemaah lain pun ada. Jemaah indon ni memang pelik2 jer perangai.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan setakat air zam zam je, daging korban pun puak indon ni berebut² siap demand nak lidah lembu, nak perut lembu la. Habis semua dorang nak. Bagi alasan kesian dia bang, dia hamil. Acik kau!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.040869 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list