'Pisang berbuah dua kali. Sejarah mungkin berulang?'
Itu persoalan mungkin bermain di minda ramai apabila melihat video tular memaparkan aksi Aliff Aziz berpelukan dan berpegangan tangan dengan Intan Najuwa di Genting Highlands.
Kredit foto: Gemilang Daily
Isteri kepada penyanyi dan aktor itu, Bella Astillah menafikan mereka berniat melarikan diri daripada memberi kenyataan berhubung video berkenaan.
Dia sebaliknya menjelaskan mereka kini perlu memberi tumpuan kepada dua anak, Muhammad Ayden Adrian, 5 dan Ara Adreanna, 2, yang dirawat di hospital akibat demam panas.
Kredit foto: IG
"Saya minta maaf sebab bukan tidak mahu bagi respons, tetapi sekarang anak-anak dimasukkan ke hospital. Jadi fokus saya kepada mereka.
"Anak-anak demam teruk. Jadi saya tidak boleh respons apa-apa, minta maaf ya," katanya kepada mStar melalui pesanan WhatsApp pada Jumaat.
Video tular itu sebelum ini mengundang kecaman ramai yang mempersoalkan tindakan Aliff dan Intan berpelukan biarpun ketika menjalani penggambaran drama Jodohku Babysitter.
Sementara itu, Intan menegaskan isu itu tidak perlu diperbesarkan memandangkan ia dilakukan atas dasar kerja.
Kredit foto: IG
Difahamkan, Aliff sebelum ini tidak memberi sebarang respons apabila cuba dihubungi mStar. |