View: 2746|Reply: 16
|
"Kalau Itu Anak Aku, Memang Aku Dah Rejam Dah,"-Ogy Ahmad Daud
[Copy link]
|
|
"Kalau itu anak aku, memang aku dah rejam dah."
Itu respon pelakon dan pengarah terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau mesra disapa Ogy berhubung tindakan individu yang membuat lawak jenaka dengan mempersendakan agama Islam di Crackhouse Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini.
Foto: Kosmo
Ogy, 60, menyifatkan pelawak yang hanya berjenaka dengan memainkan isu-isu sensitif adalah mereka yang tidak mempunyai kreativiti.
"Orang yang memepersendakan agama dalam berjenaka ini maknanya dia tak kreatif. Betul, kreativiti tidak ada had tapi apa sahaja yang menyentuh isu sensitiviti awak jangan sesekali lakukannya. Ia mudah sahaja," katanya ketika ditemui semasa sidang media teater Dara dan Mak Cik Bawang di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) semalam.
Tambahnya, ia menjadi tanggungjawab sebagai seorang muslim untuk terus mempertahankan agama biarpun ada pihak yang kurang senang dengan tindakan itu.
"Bila perkara itu dah dipaparkan kepada kita, maka tanggungjawab kita untuk bersuara. Saya tak peduli kalau ada artis-artis lain yang nak pertahankan mereka. Itu masalah mereka.
"Sebagai orang Islam saya mesti bersuara bila mereka berkata buruk pada agama saya. Saya tak boleh terima, saya sangat-sangat tak boleh terima itu. Saya akan pertahankan agama dan bangsa saya," katanya.
Selain itu, Ogy menganggap apa yang ditampilkan mereka itu bukan lagi lawak jenaka, malah ia adalah satu bentuk kebiadaban yang sama sekali tidak boleh diterima.
"Itu bukan lagi jenaka dan dia memang biadap. Charlie Chaplin tak perlu pun biadap. Kalau nak hidupkan budaya barat awak pergilah ke negara sana. Setakat TTDI tak payahlah.
"Kemudian, mereka mainkan kalam-kalam Allah seperti Insya-Allah. Apa itu? Itu saya memang tak boleh terima. Saya tak peduli orang nak cakap apa tentang saya. Ini adalah tanggungjawab saya sebagai orang Islam. Kita akan ditanya di sana nanti, apa kita cakap?," katanya.
Terbaharu, Ogy bakal muncul dalam teater Dara dan Mak Cik Bawang gandingan bersama Datuk Ziela Jalil, Liza Abdullah dan Mak Wan bermula 22 hingga 24 Julai ini di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Ayer Keroh, Melaka. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Ganyang je acik ogy..
Yg tengok ada gak melayu, tak paham aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi MLM pon byk je lawak bodoh.. Nak tgk lawak intelektual tu susah sikit la |
|
|
|
|
|
|
|
Perawankota replied at 15-7-2022 01:30 PM
Tapi MLM pon byk je lawak bodoh.. Nak tgk lawak intelektual tu susah sikit la
Lawak bodoh MLM tuh jauh sgt beza nak dibandingkan dgn lawak2 bodoh menghina/provokasi/merendahkan agama Islam oleh puak2 liberal acah2 urban. |
|
|
|
|
|
|
|
cantik kak ogy pakai tudung peach |
|
|
|
|
|
|
|
si botak ada tak bersuara isu ni? kalau melibatkan melayu/islam biasa dia bisu je. |
|
|
|
|
|
|
|
Nek ogy dah bayar belum hutang utk teater & konsert khai bahar tak jadik tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik akak ogy dlm iklan lux |
|
|
|
|
|
|
|
msel replied at 15-7-2022 02:49 PM
si botak ada tak bersuara isu ni? kalau melibatkan melayu/islam biasa dia bisu je.
Macam biasa diam tak bersuara sikit pun. Bila geng2 liberal dia ada isu memang menikus jela dia |
|
|
|
|
|
|
|
bagus biar semua artis bersuara baru kes ni dpt perhatian |
|
|
|
|
|
|
|
hakaq ogy dah kembali semula chuolssssssssssssssssssssssss! |
|
|
|
|
|
|
|
mmg patutu kena rejam dak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn prasan urban sgt barat tetap panggil ' dang u're asian'
RiP |
|
|
|
|
|
|
|
pencintaABC replied at 15-7-2022 02:50 PM
Nek ogy dah bayar belum hutang utk teater & konsert khai bahar tak jadik tu?
Dh settle semua dah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Elok berbagai org bg komen..isu camtu takleh husnuzon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus kak ogy...rejam jer....
Ni boleh join team Mat Kilau first row... |
|
|
|
|
|
|
| |
|