CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 511|Reply: 0

[Pulau Pinang] Mufti sokong kelab komedi ditutup

[Copy link]
Post time 15-7-2022 10:20 AM | Show all posts |Read mode
Mufti sokong kelab komedi ditutup
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 15 Julai 2022




Laporan Sinar Harian pada Ahad. (Gambar kecil: Wan Salim)



GEORGETOWN - Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menyokong agar Restoran Crack House Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ditutup kerana dilihat sengaja menghina agama Islam.


Beliau berkata, tindakan tegas oleh pihak berkuasa perlu diambil ke atas kelab tersebut segera.


Menurutnya, sebelum ini kenyataan beliau tidak begitu tegas terhadap kelab terbabit kerana menganggap jenaka yang dipersembahkan tidak disengajakan.


"Kenyataan saya sebelum ini agak lembut terhadap kelab berkenaan kerana saya fikir apa yang terjadi mungkin tidak disengajakan. Tetapi setelah mengetahui kejadian ini telah berlaku berulang-ulang kali, maka ini boleh difahami ia sengaja dirancang untuk menghina agama Islam.


"Oleh itu, saya menyokong Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak keras ke atas kelab tersebut memandangkan kesalahan yang dilakukannya amat berat dan boleh menjejas kestabilan negara.


"Kelab tersebut perlu ditutup supaya menjadi pengajaran kepada semua pihak," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


Pada Khamis, Wan Salim meminta pihak berkuasa melaksanakansatu garis panduan dan kawalan tertentu agar pemilik dan pengunjung kelab tersebut sentiasa memelihara batas-batas moral dan agama.


Katanya, pihak berkuasa agama Islam antaranya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan jabatan agama perlu menasihati masyarakat Muslim agar sentiasa menghormati kesucian agama mereka dan tidak dijadikan bahan mainan atau gurauan.


Tambah beliau lagi, sebagai agama yang sesuai dengan fitrah manusia, Islam tidak menentang hiburan termasuk komedi atau lawak jenaka malah tidak menghendaki penganutnya sentiasa serius sehingga tiada ruang untuk bersantai dan berekreasi.


Bagaimanapun, jenaka yang dibuat itu tidak boleh keterlaluan terutamanya yang melibatkan isu serius seperti agama.


Sebelum ini, DBKL mengambil tindakan menggantung sementara pengoperasian premis kelab tersebut serta-merta susulan isu tular seorang wanita menghina kesucian agama Islam.


Pada Sabtu lalu, video memperlihatkan seorang wanita bertindak menanggalkan tudung dan baju kurung tular di media sosial sehingga mengundang kemarahan masyarakat.


Wanita tersebut, Siti Nuramira Abdullah naik ke pentas dan memperkenalkan dirinya selain mengaku seorang wanita Melayu Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.


Akibat tindakan itu, wanita itu dan teman lelakinya, V Alexander Navin direman oleh pihak polis bagi membantu siasatan.




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... elab-komedi-ditutup
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.045826 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list