Kehilangan anak yang ditunggu-tunggu adalah antara perkara yang menyedihkan dan memeritkan bagi seorang ibu. Dugaan yang dilalui seorang ibu muda ini berat apabila anak dalam kandungan disahkan meninggal dunia akibat kecuaian seorang bidan.
Berkongsi kekesalannya di TikTok, pemilik akaun yang dikenali sebagai Adinda itu menjelaskan dia mendapat khidmat seorang bidan kerana bayi dalam kandungan tidak bergerak.
Bagaimanapun, bidan berkenaan mengatakan kandungannya baik-baik sahaja dan bayi cuma 'malas' bergerak.
Tidak sedap hati dengan jawapan yang diberikan, Adinda kemudian bergegas ke pusat perubatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut.
Selepas diperiksa, dia dimaklumkan bayi dalam kandungan berada dalam keadaan lemah.
Apa yang lebih menyedihkan, bayi yang ditunggu-tunggu itu tidak dapat diselamatkan.
"Masih trauma melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia dalam kandungan dengan induksi selama 17 jam," katanya menerusi sebuah rakaman. -CARI
|