CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1035|Reply: 4

Tak Kesampaian Nak Hantar Anak Baru Dapat Kerja Di KL, 4 Beranak Maut Dalam Perjalanan Dari Kedah

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:49 AM | Show all posts |Read mode
IPOH – Empat individu yang maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan di Kilometer 277.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini petang tadi merupakan empat beranak.


Mangsa yang maut ialah pesara polis, Koperal Rahim Ramli, 60, dan isteri, Siti Petimah Omar, 59, serta dua anak mereka iaitu Nor Nadirah, 28, dan Nor Hamizah, 27.


Difahamkan, ketika kejadian kesemua mangsa yang menaiki kereta jenis Proton Persona itu dalam perjalanan dari Sungai Petani, Kedah ke Kuala Lumpur.


Kosmo




Sementara itu, anak saudara kepada Siti Petimah yang mahu dikenali sebagai Atie, 43, berkata, kali terakhir dia berhubung dengan ibu saudaranya itu sekitar pukul 12 tengah hari ketika empat beranak itu berada berhampiran Alor Pongsu.


Katanya, dia yang ketika itu dalam perjalanan untuk pulang ke Bangi cuba menghubungi wanita itu sekitar pukul 4.30 petang namun panggilan yang dibuat tidak berjawab.


“Saya cuba telefon ke nombor ahli keluarga yang lain, tetapi tiada satu pun yang berjaya membuatkan hati saya tak tenang.


“Saya kemudian dapat panggilan daripada seorang lagi makcik yang memaklumkan kejadian itu,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.


Menurut Atie, pasangan suami isteri itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghantar salah seorang anaknya yang baru mendapat kerja di Kuala Lumpur.


Dalam pada itu, jenazah dijangka akan dikebumikan di Permatang Pasir, Permatang Pauh di Pulau Pinang.


Dalam kejadian sekitar pukul 3 petang itu, kesemua mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Persona maut di lokasi kejadian selepas terbabit nahas membabitkan enam kereta dan sebuah treler.-CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 10:17 AM | Show all posts
allahu sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:24 AM | Show all posts
Al-fatihah saya baca untuk roh Allahyarham dan Allahyarhamah.. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diletak bersama para solihin..
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 16-7-2022 11:29 AM

Salam takziah..sedih hiba meruntun jiwa baca kes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 12:46 PM | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa, semoga bertabah dalam menghadapi ujian ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-12-2024 09:30 PM GMT+8 , Processed in 0.068042 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list