View: 836|Reply: 5
|
Kepala Warga Emas Tersangkut Pada Kerusi Plastik Selepas Terjatuh
[Copy link]
|
|
Malang tidak berbau!
Seorang warga emas berdepan detik cemas apabila kepalanya tersangkut pada sebuah kerusi plastik selepas terjatuh di rumahnya di Taman Seri Puteri Meru, Klang, pada Rabu.
Dalam kejadian sekitar pukul 12.15 tengah hari itu, warga emas wanita berusia 78 tahun itu ditemui oleh jirannya yang kemudian terus membuat panggilan kepada pasukan bomba.
Foto: Sinar Harian
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, sebuah jentera dikerahkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 12.18 tengah hari.
"Sampai di lokasi pasukan penyelamat mendapati seorang warga emas berumur 78 tahun telah terbaring di lantai dan kepalanya telah tersangkut pada kerusi plastik.
"Mangsa ditemui dalam keadaan sedar tetapi tidak bermaya. Mangsa yang tinggal bersendirian dipercayai terjatuh sebelum tersangkut pada kerusi tersebut," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Hafisham berkata, pasukan penyelamat mengambil masa empat minit untuk mengeluarkan kepala mangsa yang tersepit.
Katanya, wanita berusia 78 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan. - CARI
Sumber: Sinar Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Sedihnya sudah tua tinggal sendirian. Sepatutnya di peringkat umur sebegini ada anak, cucu, pusat jagaan untuk menjaga segala keperluan dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kesiannya. Entah macam mana la keadaan aku bila dah tua nanti, mungkin lebih teruk dari nenek ni takde siapa jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Tulah..x nak lah hidup tua2 sangat....hrp2 biarlah i meninggal dlm keadaan masih mampu uruskan diri sendiri..aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|