View: 4374|Reply: 50
|
"Buka Aib, Buang Masa Dan Duit,"- Radhi OAG Merayu Bekas Isteri Gugurkan Dakwaan Mencederakan Dan Memukul
[Copy link]
|
|
Radhi OAG, 45, merayu bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri supaya menggugurkan dakwaan dia mencederakan dan memukul wanita itu pada April lalu.
Radhi ketika ditemui di Mahkamah Majistret di sini, hari ini bagi sebutan kes terbabit berkata, dia juga berharap kes itu dapat diselesaikan secara baik demi masa depan anak-anak.
Foto: Google
"Saya nak perkara diselesaikan secara baik dan benar. Saya akan bercakap benar dan berharap dia juga membuat perkara sama. Sebelum ini saya ada cuba minta pertolongan ibunya meminta Ayu tarik balik kes ini supaya tidak membuang masa dan duit. Saya juga bimbang akan memberi kesan kepada anak-anak yang semakin membesar.
"Saya terpaksa minta pertolongan ibunya sebab mahkamah perintahkan saya tidak mengganggu bekas isteri. Disebabkan saya baik dengan ibunya dan sudah anggap seperti ibu saya jadi saya minta bantuannya.
"Kalau boleh saya nak kes ini henti sampai di sini dan tak nak memperbesarkan isu ini. Saya bimbang kalau perkara ini berpanjangan akan ada cerita lain yang keluar dan tak habis.
"Jadi saya merayu agar dia tarik balik kes ini kerana saya tak nak membuka aib dan memalukan diri sendiri," katanya.
Foto: Harian Metro
Menurut Radhi, walaupun kes itu memberi kesan kepada dirinya tetapi dia enggan mengambil pusing terhadap segala cemuhan dan tuduhan yang dilemparkan pihak luar.
"Tak kisahlah orang nak kata saya pukul atau tidak, masing-masing ada hak. Saya cuma harap dia tarik kes ini supaya kami tidak turun naik mahkamah dan rasanya itu lebih baik. Lagipun saya boleh tumpukan kepada anak-anak. Mereka lebih memerlukan kami sekarang ini.
"Setiap kata-kata yang dilemparkan pihak luar juga saya anggap sebagai satu teguran. Walaupun sakit untuk dibaca tapi saya laluinya dengan positif.
"Saya enggan melayan emosi apabila ada yang kata saya naik tangan dan memukul. Saya anggap orang luar prihatin dan ambil peduli terhadap saya. Lagipun saya saja yang tahu apa yang berlaku di sebaliknya," katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Radhi, Haziq Aizuddin Subhi berkata, prosiding hari ini membabitkan pengurusan kes serta serahan dokumen.
"Hari ini kami sudah terima laporan pengadu, kertas siasatan daripada polis termasuk lokasi dan gambar yang didakwa kesan akibat pukulan.
"Kami harap dokumen yang diserahkan ini tiada penambahan daripada pihak pendakwaan. Jadi dengan dokumen inilah kami akan sandarkan dan bergantung.
"Sekiranya pihak pendakwaan tidak mahu menarik kes ini kami akan lawan sehingga perbicaraan untuk dia buktikan setiap tuduhan yang didakwa terhadap anak guam kami," katanya.
Dalam masa sama, mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes pada 23 Ogos ini.
Terdahulu Radhi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencederakan bekas isterinya pada April lu.
Radhi atau nama sebenarnya Muhammad Radhi Razali membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Iskandar Zainol.
Radhi dan Ayu disahkan bercerai oleh Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari pada 16 Julai 2019 selepas penyanyi itu melafazkan talak kira-kira 4.20 pagi, 25 Mac 2019.
Pasangan itu yang mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dikurniakan dua anak berusia enam dan tujuh tahun.
Selepas bercerai, Ayu dan anaknya menetap bersama ibu bapanya di Kota Damansara. -CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
taik dadah kaki pukul mcm ni mmg patut kena humban dlm jail |
|
|
|
|
|
|
|
dasar hampeh
gas lighting kan org pula |
|
|
|
|
|
|
|
Halah.. halah.. dah pukul sedap2 ex wife ko sukati nak suh tarik balik. Xpadan kecik kaki pukul. Lalok ke tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah tau tak boleh menang la tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Time pukul tak pikir pulak kesan kepada anak2..sudah2 la Radhi oii...benda sama je dok ulang. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok pada rupa kuat mendadih lagi tu. Jangan tarik report. Proceed je. Orang macam ni kena bagi ajar biar dia beringat & berubah! |
|
|
|
|
|
|
|
Once a pendadih, always a pendadih.. |
|
|
|
|
|
|
|
takut la tu semua org taw apa yg blaku dlm rumah tga masa bersama dulu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jgn tarik..teruskan pendakwaan..ko x fikir plak trauma ex bini..anak2 tgk ko pukul mak depa..ishh.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah ko pun nak lawan, buat apa gugurkan pendakwaan? lu pening lagi ke mat |
|
|
|
|
|
|
|
Kalu bini dia tarik repot memang bodo la...jgn ckp kesian kt anak2.. anak pon benci dpt bapak loser |
|
|
|
|
|
|
|
Moga ex nya tak lembut hati & x decide x nak teruskan kes... |
|
|
|
|
|
|
|
ni ayat favorite kebanyakan manusia yang ikut ajaran agama melayu... bila wanita bangkit n pertahankan hak dan maruah dia sebagai wanita, anak, isteri, ibu, manusia mengikut islam, mula la deme ni main kad - jangan bukak aib... bodoh... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kekadang kesian dkt org yg tak berduit nak hire lawyer...
nasib la ex radhi ni mampu |
|
|
|
|
|
|
|
ek elehh ko dah bantai bini ko, pastu nak acah alim pulak. pendadihhh tgk muka yg berminyak tu pun tau mendadih lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak padan kecik pendek tapi pukul bini. Dah bini je yg ko berani pukul kan. Kalau gaduh dgn laki lain lembik dah ko kena pukul. Dasar takde telur. Semoga ex bini teruskan, jgn tarik balik report. |
|
|
|
|
|
|
| |
|