CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 427|Reply: 0

[Terengganu] Bangkai 11 ekor lembu dibuang di tapak sampah haram

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:44 AM | Show all posts |Read mode

SEBAHAGIAN daripada bangkai lembu yang dibuang di tapak pembuangan sampah haram di tepi sungai di Kampung Lekar, Kuala Terengganu.


KUALA TERENGGANU: Seorang pemancing terkejut apabila me­nemukan bangkai 11 ekor lembu di tapak pembuangan sampah haram di tepi sungai di Kampung Sungai Lekar di sini, Sabtu lalu.

Lembu itu dipercayai mati di tempat lain sebelum dibuang di kawasan tersebut.

Wan Mohd. Faizul Wan Jaafar, 35, dari Kampung Su­ngai Ikan di sini berkata, dia terkejut apabila menemukan bangkai lembu bergelimpa­ngan ketika ingin memancing di sungai berdekatan tapak pembuangan sampah haram itu pada pukul 3 petang, Sabtu lalu.

Menurutnya, bangkai lembu tersebut sudah berbau busuk dan berulat, dipercayai mati dan dibuang di kawasan itu beberapa hari lalu.

“Saya berkunjung lagi ke sungai itu hari ini dan mendapati bangkai lembu masih berada di kawasan tersebut,” katanya di sini semalam.

Wan Mohd. Faizul berkata, dia kecewa dengan perbuatan tidak bertanggungjawab individu ter­tentu membuang bangkai lembu tersebut sehingga menjejaskan kawasan tumpuan pemancing itu.

“Bangkai lembu itu sema­kin berbau busuk dan keadaan tersebut menimbulkan suasana tidak selesa pemancing di sungai berkenaan,” jelasnya.

Selain itu menurutnya, dia mendapati lembu tersebut mempunyai tanda di te­linga yang dipercayai dipasang Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

“Saya juga tidak menolak kemungkinan lembu tersebut dibawa masuk dari Thailand, bagaimanapun tidak diketahui punca lembu itu mati,” katanya.

Pada masa sama katanya, dia mengharapkan pihak berkuasa tempatan dapat menanam bangkai lembu tersebut untuk mengelakkan bau busuk. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... tapak-sampah-haram/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-9-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.064950 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list