CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 384|Reply: 1

[Perlis] 100 rumah rosak dipukul ribut di Perlis

[Copy link]
Post time 13-7-2022 10:30 AM | Show all posts |Read mode

100 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis. FOTO Ihsan pembaca

Kangar: Sebanyak 100 rumah di beberapa kampung mengalami kerosakan khususnya pada bahagian bumbung dalam kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negeri ini, semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Perlis Leftenan Kolonel (PA) Mohd Izaimi Md Daud berkata, sehingga kini pihaknya menerima laporan sebanyak 100 rumah terkesan akibat kejadian ribut yang bermula dari 10 pagi hingga lewat petang itu.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan anggaran kerugian masih dalam penilaian," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Beliau berkata, APM menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan peka dengan amaran bencana yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.


"Saya harap orang ramai patuh dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dan menyimpan barang-barang berharga di tempat selamat," katanya.

Semalam, Bernama melaporkan lebih 50 rumah mengalami kerosakan akibat ribut yang melanda Perlis.

Antara kawasan terjejas ialah Mata Ayer, Kampung Panggas Kechil, Kampung Lubok Besar, Kuala Perlis, Padang Pauh, Lubuk Sireh, Kangar, Abi, Bukit Keteri, Kurung Batang, Balik Bukit, Wang Besar dan Beseri.

Menurut laman web Jabatan Meteorologi Malaysia, cuaca hujan pada sebelah pagi dan ribut petir pada sebelah petang di satu dua tempat di kawasan pedalaman di negeri ini akan berterusan sehingga Ahad (17 Julai).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... kul-ribut-di-perlis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 02:26 PM | Show all posts


pic kt sinar harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 11:11 AM GMT+8 , Processed in 0.235924 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list