View: 1471|Reply: 8
|
'Tiada Apa Boleh Saya Buat Kecuali Menangis Tahan Sakit' - Mak Wan
[Copy link]
|
|
Bagaikan episod berantai, satu demi satu kisah 'keburukan' pelakon veteran, Mak Wan Latah, 61, didedahkan.
Malah, perbuatan bekas pembantu peribadi yang mendedahkan perbuatan syirik menerusi beberapa video tular dalam aplikasi TikTok meletakkan Mak Wan atau nama sebenarnya, Halimatussa'diah Mohd Daud dalam bara api.
Bekas pembantu peribadi itu mendakwa, dia dan bekas suaminya antara mangsa Mak Wan dan diberi minum 'benda kotor'. Malah, wanita itu turut membuat laporan polis berhubung kehilangan duit dan barang kemas miliknya yang didakwa diambil Mak Wan.
Foto: IG Mak Wan
Mengulasnya, Mak Wan mengakui perbuatan individu ini memberi kesan kepada emosinya.
"Saya tidak selera makan dan merasai kesedihan mendalam kerana belum pernah diaibkan seteruk ini. Siang malam saya hanya mampu berdoa agar diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi.
"Saya juga tidak pasti kenapa individu ini bertindak sedemikian. Mungkin otaknya sudah tidak berapa betul. Dia nak tulis atau buat apa sahaja, itu haknya dan saya tak mampu menghalang," katanya kepada BH Online.
Pelakon itu turut mempersoalkan kenapa memuji dirinya sebelum ini.
"Sebab nak duit saya, kan? Kenapa apabila saya tak nak, buat cerita macam-macam?
"Biarlah, buatlah apa nak buat, tetapi saya tidak akan sesekali membuka aibnya. Lagipun, Allah ada. Saya percaya Allah sentiasa bersama saya," katanya.
Mak Wan berkata, dia sudah membuat laporan polis di Balai Polis Taiping, Perak kerana kes berlaku di Batu Kurau.
Pelakon veteran itu juga enggan mengulas lanjut mengenai video bertengkar dengan lelaki tua sambil menendang pintu kerana percaya Allah ada dan sentiasa bersamanya.
"Terserahlah mahu menganggap saya apa sahaja, itu hak masing-masing. Sebagai manusia, saya percaya diri sendiri. Lagipun, manusia zaman sekarang lebih percaya kepada fitnah berbanding kebenaran.
"Saya reda. Saya tak baik, tetapi saya juga tidak jahat. Tak mengapa, apa yang lebih penting, Allah tahu siapa saya dan apa yang dilakukan," katanya.
Antara petikan video yang didedah dan ditularkan bekas pembantu peribadi.
Mengulas sejauh manakah kebenaran individu itu didakwa memukul, menendang dan mengugut mahu membunuhnya, Mak Wan berkata, dia tiada daya mahu melawannya.
"Sekiranya melawan, saya kena lagi teruk. Orang yang berada bersama saya pun tak berani mahu membantu, hanya mampu melihat sahaja.
"Sebenarnya, sudah lama saya diamkan. Kekasarannya terhadap saya baru sahaja dilaporkan kepada polis. Banyak kali saya kena pukul, tendang, tumbuk dan baling kepala saya dengan botol yang masih penuh air.
"Kejadian berlaku, tahun ini. Saya takut nak melawan atau mengadu kepada orang lain, lagipun, telefon bimbit saya dipegangnya. Kali terakhir dipukul di depan ramai saksi termasuk ibunya. Apapun, semua bukti saya serahkan kepada polis.
"Dalam usia 61 tahun, tiada apa yang boleh saya buat kecuali menangis dan menahan sakit," katanya,
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Alo lo lo... Sedihnyerrrrrr CERITER... |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha.. xpenah aku dgr citer kt mesia nie pelakon tua punya kisah hangat mcm nie..
org lain ok2 jer.. dia pula huru hara.. |
|
|
|
|
|
|
|
itu lah pesal.. antara pelakon berusia cite paling hot. skrg ni PA siap tunjuk bukti tu, tp ntah laa iols tak side mana2 sbb ada bunyi main mak esah lah apa semua koser laaaaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
lasagna: itu lah pesal.. antara pelakon ... bukti ape je?bukti2 bdoh?Pa dia lg byk kes bsuk kot.tp aku x memihak sesape.kenal p0n idok[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul2 buku bertemu ruas ke macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Semua yg keje dgn artis dh simpan iltizam yg tggi dlm hati… “jaga2 la kau, jgn buat ta*k dgn aku….kau tak buat ta*k Pon, kalau aku bosan aku akan hancurkan kau!! Hahaha… akan aku sebarkan aibkan sampai kau melutut dgn aku mintak ampun” giteww kekdahnya… |
|
|
|
|
|
|
|
khen... pelakon pembantu kertu je pun yang selalu dapat watak orang gaji dan acik jual lauk dekat kedai kopi...tu pun gigih la PA heshe nak sabotaj bukan boleh dapat apa benefit pun...
hujung2 rhopernyaa marketing je pa dengan mak wan dari senduria hujung2 lagi meletop mak wan.... populariti sekarang bawah sikit dari carta jahlop dengan filem mat kilau... retis2 baru cantik meletop pun tak sesensasi gosip mak wan sekarang ni walaupun dah gigih tayang perut.. nak kahwin dan tunjuk jantan baru...
|
|
|
|
|
|
|
|
btw gambar mak wan tu macam eyra hazali pulak...
harap2 Eyra jaga2 bila cari PA nanti yach.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|