View: 12773|Reply: 113
|
Pelawak Wanita Hina Islam Dah Biasa Kongsi Tip Perhubungan Dan Seks
[Copy link]
|
|
Pelawak wanita yang menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan komedi berdiri (stand up comedy) tampil bersemuka dengan netizen menerusi siaran langsung di saluran YouTube miliknya pada petang Sabtu.
Siti Amira Natasha Abdullah yang kelihatan tenang dan ceria dalam siaran langsung itu tampil bersama teman lelakinya dikenali sebagai Alex.
Sepanjang siaran langsung itu, pelawak itu dilihat bersahaja menjawab soalan-soalan daripada pengikutnya selain dibantu oleh teman lelakinya.
Menjawab salah satu soalan daripada netizen, Siti Amira memberitahu dia menyedari videonya tular di media sosial namun tidak memperincikan tentang insiden tersebut.
Siti Amira tampil dalam video siaran langsung bersama teman lelakinya, Alex.
Malah, wanita itu dilihat mengelak daripada menjawab soalan berhubung insiden berkenaan namun menegaskan dia berbangga menjadi seorang Muslim.
"Saya berbangga menjadi seorang Islam," katanya.
Teman lelakinya pula menyifatkan Amira sebagai seorang yang berpegang pada ajaran Islam malah dia sendiri mengaku bakal memeluk agama itu.
Bukan itu sahaja, Alex mendedahkan dia dan Siti Amira bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Antara content tentang hubungan dan seksual yang dimuat naik ke laman YouTube.
Pada Sabtu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan penularan sebuah video memperlihatkan seorang pelawak wanita menghina Islam dengan menanggalkan tudung serta pakaiannya ketika melakukan persembahan stand up comedy di sebuah kafe komedi di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Sebelum melakukan aksi tidak senonon itu, wanita itu memberitahu penonton dia seorang Melayu dan beragama Islam dan telah menghafal ayat al-Quran sebanyak 15 juzuk.
Sementara itu, atas arahan Alex, Siti Amira mengabaikan soalan-soalan berkaitan penularan video tentang dirinya yang mencetuskan kemarahan netizen pada Sabtu.
Alex berkata, mereka tidak perlu menjawab soalan-soalan tersebut namun memberitahu apa yang berlaku telah disalah tafsirkan.
"Apa yang kami kata akan disalah tafsirkan," katanya.
Pun begitu, Alex membidas pertanyaan pengikutnya sama ada Siti Amira gemar berbogel di khalayak ramai seperti mana dalam video berkenaan.
"Adakah dia berbangga berbogel depan orang ramai? Saya tidak rasa jika dia seronok berbogel di khalayak," ujarnya.
Ditanya mengenai insiden itu sudah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, Alex memberitahu mereka tidak kisah akan perkara itu kerana sudah terbiasa dengannya.
Siti Amira didakwa mempersendakan Islam apabila tampil separuh bogel di pentas.
Sementara itu, berkongsi mengenai diri mereka, Alex memberitahu Siti Amira adalah seorang penuntut dalam bidang undang-undang selain bergiat aktif dalam kerja-kerja sukarelawan terutamanya tentang kesihatan mental.
Pasangan itu bertemu sebelum Covid-19 melanda dunia dan berkongsi kegemaran yang sama iaitu menulis.
Semakkan mStar di saluran YouTube pasangan itu, Alex & Amy @ insta Greenleafyconnoiseur, mereka banyak berkongsi tentang tip perhubungan dan seks seperti tip melakukan seks oral, seks secara berkumpulan, orgasm, biseksual dan sebagainya.
Dalam beberapa video dikendalikan Amy, pelawak itu dilihat hanya memakai baju dalam dan tangan kanannya turut mempunyai tato.
Video siaran langsung itu bagaimanapun telah dipadam daripada YouTube pasangan itu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Ngeseks? U go gurlllll |
|
|
|
|
|
|
|
Amboi berdesup ye reputz CARI.. |
|
|
|
|
|
|
|
easy. by going publicly camtu, banyak law dia langgar
terutamanya melibatkan agama. serious offences.
play stupid game, win stupid prize. |
|
|
|
|
|
|
|
alang alang dah jendol macam tu baik pakai tudung je la |
|
|
|
|
|
|
|
Meluat... Nak buat dosa buat la sorg², x yah ajak/ influence kan org lain mcm buat vid ytbe tu... Smoga allah buka hati dia dgn taufik dan hidayahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Kalangan artis ke? Umur? Kalau pakai tudung buat apa bogel..
|
|
|
|
|
|
|
|
Kepamnya ko dek. |
|
|
|
|
|
|
|
Pujaan acik2 forum Liberal beliau nih. |
|
|
|
|
|
|
|
Kepam berkerak pun tergamak tunjuk2 kat org |
|
|
|
|
|
|
|
Ko x de aura urban liberal lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntahnya .. dia bukan pelawak pun..
Aritu cuma open mic je kan.. tu yg dia naik tu |
|
|
|
|
|
|
|
Alah buat gimmick sebab nak femes kan YouTube channel sheols . Pathetic . Gila nampak kepam sheols . Who is she think she feeling bagi relationship masterclass bagai ? Umur baru 26 tapi she look very kepam |
|
|
|
|
|
|
|
Amboiiiii banyak nau thread pasal sheols sorang jah dekkkk…. Kalau macam ni, akak pun terinspirasi nak naik pentas tunjuk pay pack akak kat khalayak dekkkk…. Untung2 boleh famous, walaupun akak tak ada pay pack sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Blajar dlm undang2? Bahaya.
Ni msti rapat ngn siti kassim |
|
|
|
|
|
|
|
Selalu yang ketagih sex ni mesti perempuan dia hauk giler, buruk, muka jongos.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak lama ramai lah report account yt tu then kena katup. Kena kecam lagi. Jangan kau dengan Alex tu depressed sudey. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian mak ayah dapat anak macam ni.
Ngandung 9 bulan lebih, melahirkan dan susukan baby sampai 2 tahun. Jaga dari kanak2 sampai ke baligh dan berdikari. Akhirnya jadi macam betina sun**l je. Hilang bangga, hilang sayang.......apalah malang nasib ibu bapa dia. Semuga kita dijauhkan dapat keturunan mcm ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|