View: 952|Reply: 3
|
"Nak Jadi Apa Pun Boleh, Jaga Cable Je" - Edika Yusof Persoal Penglibatan Selebriti Dalam Politik?
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, penyanyi rap Altimet menang pemilihan Ketua Cabang PKR Ampang dengan 743 undian sekali gus mengenepikan pesaing terdekatnya, pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac.
Menurut laman web Pemilihan PKR 2022, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman menang dengan kelebihan sembilan undi apabila memperoleh 743 undi manakala Hans 734 undi.
Foto: IG BH/Edika
Menurut BHarian, perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Dr Zaliha Mustafa yang dihubungi pihak BH sendiri.
Altimet yang kini berumur 43 tahun menyertai PKR pada April tahun lalu bersama rakan artisnya, Afdlin Shauki.
Menurut BHarian, keputusan itu sekali gus menutup pelbagai kontroversi berhubung salah laku beberapa calonnya termasuk Hans yang dikaitkan dengan politik wang ketika pemilihan semula bagi Cabang Ampang pada 29 Jun lalu.
Berita mengenai kemenangan itu telah mendapat reaksi dari Edika Yusuf. Melihat diruangan komen, Edika seolah-olah mempersoalkan penglibatan selebriti di dalam bidang politik.
Malah netizen juga turut mempersoalkan kemenangan yang telah diperolehi oleh Altimet.
Ada yang menyatakan bermain politik tidak semudah membuat lirik lagu dan netizen menyatakan mereka lebih suka melihat Altimet di dalam bidang seni berbanding dunia politik.
Sumber: Murai |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau heolz tak perform
memang amboix10 kan aje |
|
|
|
|
|
|
|
Bg can lah..dia pon selalu komplen kerajaan buat kije( walaupon hakikatnya betoi).....kite tgok die punye kije pulak......takkan nak letak zul yahye kot |
|
|
|
|
|
|
|
kotakominami: Bg can lah..dia pon selalu kom ... bole x iols nk suggest zul yahye join parti amanah dgn pak sabu? |
|
|
|
|
|
|
| |
|