CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 447|Reply: 0

[Kedah] Kemalangan 7 kenderaan, lori hilang kawalan

[Copy link]
Post time 9-7-2022 04:40 PM | Show all posts |Read mode

ANTARA kenderaan yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Polis

Changlun: Enam kenderaan yang berhenti di lampu isyarat merah di Pekan Changlun dirempuh lori tangki yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas, 9.30 malam tadi.

Kemalangan itu membabitkan dua kenderaan pikap serta empat kereta.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kesemua kenderaan itu dipercayai dari arah sama iaitu dari Jitra menghala ke Bukit Kayu Hitam.


Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tangki yang dipandu lelaki berusia 35 tahun dari arah Napoh sedang menghala ke Bukit Kayu Hitam.

"Sebaik tiba di lampu isyarat Changlun ketika itu lampu isyarat merah, tiba -tiba lori tangki yang dipandu di lorong kanan dipercayai hilang kawalan lalu terlanggar pada bahagian belakang Perodua Myvi yang dipandu lelaki berusia 54 tahun dan Honda HRV yang dipandu wanita berusia 39 tahun.

"Kejadian itu turut menyebabkan kenderaan itu bergesel dengan sebuah Nissan Navara menyebabkan Perodua Myvi itu tertolak ke hadapan lalu terlanggar pada bahagian belakang sebuah lagi Perodua Myvi yang kemudian terlanhgar belakang sebelah kiri Toyota Hilux," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rodzi berkata, ketika itu Honda HRV terbabit tertolak ke hadapan lalu terlanggar pada bahagian belakang Perodua Axia menyebabkan kenderaan itu terpusing dan terbabas ke kiri jalan," katanya.

Beliau berkata, berikutan itu, pemandu kereta Perodua Axia iaitu wanita berusia 24 tahun cedera di kaki kiri manakala pemandu kereta Honda HRV luka di tangan dan sakit badan.

"Bagaimanapun pemandu kenderaan lain yang terbabit dalam kemalangan itu tidak mengalami kecederaan.

"Kes masih dalam siasatan dan disiasat mengikut Rule 10 LN 166/59," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lori-hilang-kawalan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.058370 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list