CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 1

[Kedah] Jambatan siap hari ini

[Copy link]
Post time 9-7-2022 12:26 PM | Show all posts |Read mode

Pemasangan jambatan bailey dilakukan dengan bantuan anggota Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen. - Foto ATM

BALING: Jambatan sementara di Kampung Iboi, Kupang di sini menggantikan struktur asal yang runtuh akibat banjir dan kepala air Isnin lalu dijangka siap, hari ini.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berkata, jambatan keluli modular 'Old Bailey Bridge' itu mula dibina kelmarin oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan kerjasama seramai 18 anggota dan tiga pegawai Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) 2 Divisyen.

"Pemasangan jambatan sepanjang 27 meter ini memudahkan perjalanan penduduk Kampung Iboi dan kawasan berhampiran, khususnya untuk ke sekolah dan masjid," katanya hari ini.

Banjir dan kepala air kira-kira jam 4 petang Isnin lalu mengakibatkan tiga nyawa terkorban dengan 15 rumah musnah dan 802 buah rumah terjejas.


Selain itu, menurut kenyataan 2 Divisyen, seramai 142 anggota dan enam pegawai daripada Pasukan Batalion Ke Enam Rejimen Askar Melayu Diraja (6 RAMD) Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Jitra dan Batalion Ke-19 RAMD Mekanis (19 RAMD (MEK) dari Kem Lapangan Terbang Sungai Petani membantu pihak berkuasa tempatan dalam kerja pembersihan rumah penduduk.

"Panglima 2 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Muhammad Huzaimi Sabri turut melakukan lawatan ke tapak pemasangan jambatan Bailey.

"Beliau turut melawat tiga buah rumah anggota tentera di Taman Mesra Indah, di sini yang terjejas akibat kejadian itu dan menyampaikan sumbangan," katanya.


Jambatan bailey dijangka siap hari ini. - Foto ATM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 12:48 PM | Show all posts
terbaik ATM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.588606 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list