CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 339|Reply: 0

[Kedah] Solidariti 'pilot' darat bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 9-7-2022 12:21 PM | Show all posts |Read mode

KERJA pembersihan giat dilakukan di Kampung Iboi, Kupang. FOTO Luqman Hakim Zubir.

Baling: Demi memastikan kawasan banjir di Kupang, di sini kembali bersih, sekumpulan pengendali jentera berat menawarkan khidmat secara sukarela untuk membuang sisa kayu dan sampah.

Pengerusi Gabungan Pilot Darat Malaysia (GPDM) Daerah Baling, Mohammad Aminuddin Abdul Wahab berkata, lebih 380 jentolak dan lori digunakan untuk membersihkan kawasan itu sejak bencana Isnin lalu.

Katanya, solidariti pengendali dalam misi itu atas dasar membantu mangsa, memandangkan sisa kayu dan sampah yang berselut tidak mungkin dibersihkan hanya dengan kudrat manusia.


"Kita berkhidmat secara percuma kerana tanggungjawab untuk sama-sama membantu ketika penduduk ditimpa musibah," katanya yang memberitahu persatuan mempunyai 150 keahlian yang terdiri daripada pemilik dan pemandu jentera serta lori.

Selain pembersihan sisa kayu, mereka juga membantu ketika pemindahan penduduk dan membersihkan fasiliti awam seperti sekolah, surau dan masjid.

Mohammad Aminuddin berkata, pasukannya seramai 400 orang yang datang dari Pendang, Sungai Petani, Sik, Kuala Nerang, Yan, Perlis dan Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Cawangan Keselamatan Kebakaran Zon 3, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Mohamad Sofi Abdul Wahab berkata, pasukan GPDM banyak membantu melancarkan operasi pembersihan dan pemindahan mangsa.

Pihaknya menghargai sumbangan diberikan dan mengucapkan terima kasih.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bantu-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:07 PM GMT+8 , Processed in 0.063756 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list