View: 2729|Reply: 23
|
"Ibu Lupa Nama Saya..." - Fikry Ibrahim Menangis Kenang Ibu Kena 'Mild Stroke'
[Copy link]
|
|
Perjalanan Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bukan hanya memakan masa yang panjang tetapi juga meletihkan dan menguras tenaga. Bagaimanapun, demi kasih pada ibu, pelakon, Fikry Ibrahim sanggup menempuh segala kesulitan asalkan dapat meluangkan masa dengan insan yang melahirkannya.
Memetik laporan Gempak, pemilik nama sebenar Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim, 28, mengakui sayu setiap kali bercakap mengenai kesihatan ibunya yang sedang menderita serangan strok ringan sejak dua tahun lalu.
"Sekarang kalau orang tanya saya, duit tak boleh beli kebahagiaan tu, saya percaya. Kalau suata hari nanti dia dah tiada, duit yang saya kerja tu sia-sia.
"Bila dia sakit, kadang-kadang dia kembali ke zaman dia muda, jadi dia lupa. Pada satu masa, dia pernah lupa nama saya. Sepanjang hidup, tak pernah mak lupa nama saya. Jadi, bila pertama kali dia kena minor stroke, dia lupa nama saya, saya tak mahu benda tu jadi dah.
"Isteri boleh ganti, kawan boleh cari, anak boleh buat anak baru... mak hanya ada itu sahaja," katanya.
Harus membahagikan masa antara kerjaya dan keluarga, Fikry akui dia akan mengambil peluang untuk menjaga dan memberikan tumpuan pada ibunya setiap kali waktu cuti.
Fikry sanggup memenuhkan jadual kerja bagi membolehkannya mengambil cuti yang agak panjang untuk menjaga ibunya di kampung.
"Saya jarang main media sosial sebab banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Saya kena fokus pada mak saya. Saya ada adik-beradik lain, pakcik, makcik yang jaga mak juga tapi kami bergilir-gilir.
Walaupun tidak mempunyai sebarang tawaran sepanjang dua tahun pandemik Covid-19, Fikry bersyukur kerana masih dilimpahi rezeki yang sehingga kini masih mempunyai wang mencukupi bagi menampung perbelanjaan harian serta ibunya.
"Saya bersyukur keluarga saya sangat baik. Semua pun berebut nak jaga mak, nak cari pahala. Sekarang, bila saya dah besar, dah kerja, apa yang dia minya saya tak mahu cakap tak boleh. Saya nak bolehkan apa sahaja. Dia nak apa, saya akan belikan," katanya lagi. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Fikry ni macam budak baik betul. Mudah2an baik sampai bebila takda gosip spentot terselit la gosip persis Mat dan Mah ka. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak boleh buat anak baru tp still xleh replace anak yg hilang tu ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
kene kuat semangat cik….anak hantar le gi buat therapy yg sesuai….moga kembali sihat….
teringat tok i kena stroke org tu urut pakai minyak tanah….kat area Benut tu….alhamdulilah adalah result positive…. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua orang akan mati. Seram bila kenang macam mana la keadaan kita mati nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Berbaktilah selagi ada orang tuamu. |
|
|
|
|
|
|
|
Kat program mana tah..dia nih ckp nampak teloq nampak teloq masa dia kena angkat...lawak tul masa Tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut fasal ibu , aku balik baru-baru ni , aku cakap dengan ibu aku yang aku nak belajar bake kek , biskut dengan dia
senyum sampai ke telinga
xsangka di sepanjang masa ini dia memang tunggu aku minta dia mengajar aku buat kek , biskut resepi turun-temurun keluarga sebelah tok omputih aku tu
Tak sangka selama ini juga aku ni degil dan bodoh sombong juga orangnya |
|
|
|
|
|
|
|
whimsicalmusic replied at 8-7-2022 02:25 PM
Anak boleh buat anak baru tp still xleh replace anak yg hilang tu ya..
Betul. Ada yg tak sanggup hilang mak pak, tapi sanggup buang anak2 bini. Tanggungjawab jugak tu yaaa. Menjawab la akhirat esok.
Selamat la dia belum kahwin lagi. So ok la jgk statement gitu pung. Haha. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau awex tinggalkan ko , no hal
tp kalau mak ko Allah sudah ambil sila menangis
kita ini ada kala disibukkan dengan urusan hati dan perasaan terhadap manusia lain yg kurang penting pun dalam hidup kita tp kita buang masa banyak memujuklah , mengambil hati lahhh
Jaga mak ko tu
rezeki murah dan urusan hidup jadi mudah dan penuh keberkatan. |
|
|
|
|
|
|
|
anak boleh buat baru? jaga2 sikit perkataan yang keluar daripada mulut. jangan nanti makan diri. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak saya pesakit dementia.
Mak dah tak ingat langsung akan kewujudan anak bongsu dia ni. Sedih tu tak terkata sbb sy mmg close dgn mak.
Fikry jaga elok² mak tu ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Fikry ni dari zaman lawak solo buat lawak iklas selit kisah mak dia.. masa final pun dia yg plg best tp sbb undian danial yg dapat. |
|
|
|
|
|
|
|
iols tak dapat bayangkan kalau mak atau ayah iols ttibe tak kenal iols...
tapi lg sedih kalau iols lose them forever |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aammyy at 10-7-2022 04:09 PM
innocentsangat replied at 8-7-2022 09:38 PM
Betul. Ada yg tak sanggup hilang mak pak, tapi sanggup buang anak2 bini. Tanggungjawab jugak tu ya ...
Terkejut jugak I bila dia cakap macam tu. Belum kahwin takpela ckp mcm tu. Walaupun dah kahwin, isteri kena ikut ckp dia, tanggungjawab dia sbgai suami mana boleh buang isteri sesuka hati. Lagi pulak kalau apa yg mak dia buat tu salah atau memudaratkan.
Btw, cane nak quote post atas tu kat reply eh? |
|
|
|
|
|
|
|
Mk xde gantinya...
Kasih syg tnpa sempadan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak baik fikry ni.....Insyaallah diluaskan rezkinya asbab berbuat baik kepada ibubapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tgk gaya.. bdk baik..
Tp part kata anak leh ganti tu..
Ish jgn camtu..
Mgkin dia belom kawen
Jd prasaan bab anak tu.. belum feel |
|
|
|
|
|
|
|
Yg sakit ni mak Ka tok heols? Pernah baca tok heols yg membesarkan heols so panggil tok dia as mak or something like that. Klu tok, nmpk muda lg tok dlm gambaq |
|
|
|
|
|
|
| |
|