CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 394|Reply: 0

[Johor] Penganggur dipenjara dua tahun culik budak

[Copy link]
Post time 7-7-2022 04:31 PM | Show all posts |Read mode
JOHOR BAHRU: Padah menculik seorang kanak-kanak lelaki di Taman Scientex, Pasir Gudang, pada 11 Mei lalu, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, Muhammad Rahim Ahmad, 26, dijatuhkan hukuman itu selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah di hadapan Majistret Mohd Zulhilmi Ibrahim.

Pada 17 Mei lalu, Muhammad Rahim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu selepas pertuduhan dibaca jurubahasa mahkamah di hadapan Mohd Zulhilmi.

Prosiding hari ini sepatutnya ditetapkan untuk sebutan semula kes itu, namun tertuduh yang tidak diwakili peguam menukar pengakuannya sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu 11 Mei lalu.


Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menculik kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun daripada penjagaan yang sah, berhampiran Sekolah Agama Taman Scientex di sini, pada 11.30 pagi, 11 Mei lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan hari ini dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Arif Marzuki dan Danial Munir.

Pada 11 Mei lalu, video menunjukkan seorang lelaki membawa lari kanak-kanak lelaki berpakaian seragam sekolah agama tular di media sosial dengan lelaki itu berjaya ditahan orang awam sebelum menyerahkannya kepada pihak polis.
https://www.bharian.com.my/berit ... a-tahun-culik-budak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-11-2024 02:26 PM GMT+8 , Processed in 0.044013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list