CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1115|Reply: 4

Kerana Perniagaan Dan Ukhuwah, Fitri Haris Kembali Bersama UNIC

[Copy link]
Post time 7-7-2022 01:24 PM | Show all posts |Read mode
Sumber IG


Meraikan ulang tahun ke-20 kumpulan nasyid UNIC, Fitri Haris kembali bersama melengkapkan anggota kumpula tersebut.



Menerusi laporan Harian Metro, Fitri, 38, menjelaskan keputusan untuk menyertai kembali UNIC disebabkan dua faktor iaitu perniagaan dan ukhuwah.



"erjuangan dalam usia sekarang ini ada banyak yang perlu dipertimbangkan. Bukan sekadar nak menyanyi saja tetapi lebih daripada itu. Jadi, saya buat keputusan atas dua konteks.



"ertama, peniagaan. Apa sahaja yang memberi impak kepada saya, kepada UNIC atau kepada ekonomi. Kita perlu berpijak pada realiti. Apa juga kita buat perlu ada penghasilannya.



  



"Kedua, atas dasar ukhuwah dan persahabatan. Saya bersama UNIC sebelum ini dari 2002 hinggalah 2009. Apabila diajak kembali oleh Fakhrul dan Bazli, saya rasa sudah tiba masanya," kata Fitri.



Juara program realiti Gema Gegar Vaganza musim kedua itu, keputusan untuk kembali berpadu suara dan tenaga dalam UNIC sangat mudah sekiranya dibuat berpaksikan dua konteks berkenaan.



  



"Saya sudah lalui jatuh bangun dalam industri sama ada ketika bergerak secara berkumpulan mahupun solo. Keputusan ini mudah saja untuk dibuat jika saya lihat kepada dua konteks yang saya sebutkan tadi," katanya. -CARI







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2022 01:56 PM | Show all posts
herlok betul dia ni tp ku tak minat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 03:36 PM | Show all posts
mek ingat dia ni kes bg hantaran kancil sebijik kat ex wife jeh.. kahkahkah.. mek suka muka tapi ketinggian x menepati piawaian, klu x harus mek senggol..
eh penuh kompiden dalam gaung
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 04:21 PM | Show all posts
retis nasyid pn ade gaduh2 ekk apatah lg yg bukan nasyid ni
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahh mana yg sorang lagi nazran ke apa si imam muda tu?abang dia pun dah x join saujana..adik beradik sepakat ke apa ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.058561 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list