Tiz Zaqyah mengakui pengalaman menerima gambar lucah daripada individu tidak dikenali membantu dia mengamati watak Lara dalam drama Liar.
Malah, pengalamannya itu digunakannya dalam drama berkenaan.
Kredit foto: IG
“Masa baru dapat skrip tu, saya baca terus terasa jalan ceritanya, sebab berkaitan kisah benar yang saya pernah hadapi.
“Saya pernah dapat gambar kon*k pagi-pagi dekat DM Instagram.
“Bila saya masuk set, dialog yang saya guna untuk berlakon, sama dengan ayat yang saya guna juga semasa saya jadi mangsa di dunia realiti sebenar.
“Jadi, bila watak saya dalam ini sangat berkait rapat dengan apa yang berlaku, ini antara peluang yang saya ada untuk bersuara dan mempertahankan hak wanita,” katanya dipetik dari Gempak.
Kredit foto: IG
Tiz juga menegaskan bahawa pelaku wajar dikenakan tindakan sewajarnya.
“Takkan mereka boleh terlepas? Jadi kami yang perempuan ini terpaksa terima sahaja ke dengan apa yang terjadi, dengan apa yang kami lihat?
“Kami yang melihat ini kena tanggung, lepas tu pelaku tu boleh hidup senang lenang di luar sana. Kalau jadi pada anak dan kakak kamu macam mana?
“Sampai bila perkara sebegini akan terus jadi, sekarang sudah tahun 2022, kita perlu educate semua orang," tegasnya.
Tiz ditemui ketika di set pengambaran drama bersiri premium Astro Shaw, Liar yang akan bersiaran sebanyak 12 episod.
Tiz turut menasihati golongan wanita supaya bangkit melawan selagi mampu untuk mempertahankan hak sebagai wanita.
Kalau individu yang hantar mesej dan gambar lucah itu tahu Tiz guna pengalaman sewaktu diganggu dalam lakonannya, ada kemungkinan tak dia rasa bangga? - CARI |