View: 657|Reply: 4
|
Firdaus Wong Bengang Dengan Jenaka 'Ganti Minyak Masak Dengan Minyak Sembahyang Buddha'
[Copy link]
|
|
Berikutan daripada perang di antara Rusia dan Ukraine, seluruh dunia digemparkan dengan kadar inflasi meningkat yang juga mengakibatkan kenaikan harga barang.
Antara produk yang terkesan dengan inflasi ini adalah minyak masak. Untuk mengalihkan minda daripada situasi ini, ada sesetengah orang berjenaka dan kongsikan pendapat mereka di media sosial. Akan tetapi, berjenaka perlulah ada batasnya.
Firdaus Wong, Foto: FB
Baru-baru ini, akaun Facebook, Visit Melaka, telah berkongsi satu posting di mana mereka berjenaka tentang menggunakan minyak sembahyang penganut Buddha menggantikan minyak masak kerana lebih murah.
“Barangkali kita mahu bergurau tetapi Islam melarang kita untuk menipu walaupun ketika bergurau.
"Tertera jelas ‘Minyak Untuk Sembahyang Sahaja’ dan saya percaya admin page tersebut tahu membaca dengan baik,” tegur Firdaus di Facebook.
Posting tersebut mendapat perhatian daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong, yang menyatakan beliau faham tentang keadaan semasa dengan kenaikan harga barang dan mungkin mereka cuma ingin bergurau, tetapi di dalam agama Islam, kita tidak boleh menipu walaupun sedang berjenaka.
Firdaus juga memberi nasihat bahawa jika kita tidak suka agama kita dihina dan menjadi bahan jenaka, maka kita tidak boleh bergurau dengan barangan agama yang lain.
Sekadar info, Firdaus Wong Wai Hung merupakan seorang pendakwah bebas yang menganut agama Islam pada tahun 2005. Sebelum ini, beliau pernah mendapat perhatian kerana sanggup untuk melepaskan jawatan sebagai ketua pengurus kewangan di sebuah syarikat antarabangsa untuk berdakwah. -CARI
Sumber: Murai.my |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ade minyak sembahyang ..kalau saye mesti main beli je sejenih mlas membaca..tgok harga , jalannn.... |
|
|
|
|
|
|
|
Baru tau ade minyak sembanyang. Ingatkan hindu je mandi minyak baijan |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau agama kita dijadikan bahan gurauan, tahu pulak marah. Tapi bila dia bahan agama lain, boleh pulak. Macam sial |
|
|
|
|
|
|
| |
|