View: 1133|Reply: 7
|
Sudahlah Parkir Tengah Jalan, Menyusahkan Orang Nak Lalu- Ramai-Ramai Angkat, Kalih Myvi Ke Tempat Lain
[Copy link]
|
|
Masih ramai pengguna yang tidak tahu menggunakan ruang parkir dengan betul sehingga menyusahkan pengguna lain apabila kenderaan mereka menghalang laluan di jalan raya.
Situasi tersebut dapat dilihat menerusi perkongsian video oleh Amir Afiq di media sosial yang memaparkan sekumpulan lelaki mengangkat dan mengalihkan kereta Perodua Myvi gara-gara diparkir di tempat salah.
Menurut pemilik video, dia turut berada di lokasi kejadian dan difahamkan bas yang dinaiki Amir dan rakan-rakannya itu sukar melalui laluan terbabit disebabkan terhalang oleh kereta tersebut.
Jelasnya lagi, sebelum mengambil keputusan untuk mengangkat kereta terbabit beramai-ramai, mereka telah berusaha mencari pemiliknya terlebih dahulu namun tidak ditemui.
“Kami nak balik kereta ini halang sudah la jalan sempit, dia parkir pun tengah jalan, kami dah pusing cari pemilik kereta satu padang kota. Ini sahaja kami mampu buat,” katanya.
Sehubungan itu, rata-rata orang ramai memuji tindakan sekumpulan lelaki berkenaan kerana masih bertimbang rasa dan tidak merosakkan kereta tersebut meskipun ia telah menghalang dan menyusahkan mereka.
“Terbaik la, kalau jenis tak sabar, mahu dilanggar sahaja kereta itu, ‘King’ tak ‘King’, semua kasi rembat, yang parkir ikut suka hati siapa suruh,” ujar Kamarul Azmi.
“Nasib baik abang-abang kita gagah, boleh tolong angkat dan ubah, terima kasih jadi pengguna bijak,” kata Mastura. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Dah satu hal nak kena angkut kete dia ni.
Menyusahkan org betul |
|
|
|
|
|
|
|
Nasib tak di turn turtle kan baru cash |
|
|
|
|
|
|
|
Patut panggil PBT dulu kasik saman, THEN BARU alihkan.
Tak pun lepas alihkan cabut tayar2 kereta dia.
Geram betul orang perangai macam ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Iols harapkan ada lah yang rosak teruk tu...
Amin yra...
Nyusahkan orang
Bodoh |
|
|
|
|
|
|
|
Patutnya korang terbalikkan je kereta tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Bifoti punya mentaliti le nih |
|
|
|
|
|
|
| |
|