CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 349|Reply: 0

[Pulau Pinang] Maritim tahan dua bot penumpang beroperasi tanpa lesen

[Copy link]
Post time 4-7-2022 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Maritim tahan dua bot penumpang beroperasi tanpa lesen
MOHD ISKANDAR OTHMAN | | 04 Julai 2022



Salah sebuah bot penumpang yang ditahan selepas dipercayai beroperasi tanpa lesen sah dan insurans tamat tempoh.


GEORGETOWN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang menahan dua buah bot penumpang yang disyaki melakukan pelbagai kesalahan di perairan Teluk Bahang pada Ahad.


Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong Si Prom berkata, kedua-dua bot berkenaan ditahan di kedudukan 0.2 batu nautika barat laut dan 0.54 batu nautika utara Teluk Bahang, sekitar jam 3 hingga 3.30 petang.


Menurutnya, ketika ditahan kedua-dua bot tersebut sedang membawa pelancong di perairan Teluk Bahang.


"Bot yang menggunakan nombor pendaftaran PPP 02095 (P) dan PPP 02315 (P) dikendalikan dua kru warga tempatan berusia 68 dan 48 tahun.


"Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua buah bot tidak mempunyai lesen yang sah dan insurans telah tamat tempoh,"katanya dalam kenyataan pada Isnin.



Bot penumpang yang ditahan selepas dipercayai beroperasi tanpa lesen sah dan insurans tamat tempoh.


Mengulas lanjut, Nak Rong berkata, bot serta kru telah ditahan dan dibawa ke Maritim Pulau Pinang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia bagi siasatan lanjut.


Jelasnya, kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952 kerana membawa penumpang tanpa lesen yang sah dan insurans tamat tempoh.


"Maritim Malaysia menasihatkan pengusaha-pengusaha bot yang membawa penumpang ataupun pelancong di laut agar mematuhi undang-undang serta peraturan yang telah dikeluarkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku," ujarnya.


Orang ramai serta komuniti maritim diminta memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat dan melaporkan sebarang aktiviti kesalahan di laut. Sebarang aduan boleh disalurkan ke talian 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Pulau Pinang di talian 04-2626146.



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... operasi-tanpa-lesen
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.299454 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list