CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 522|Reply: 4

[Politik] Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful, labelkan Zahid Hamidi dan Najib Razak sebagai dalang perosak kestabilan politik negara. #2, Ahmad Zahid dalang perosak, lebih baik bersara

[Copy link]
Post time 4-7-2022 03:37 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 4-7-2022 07:44 AM

Wan Saiful: Zahid, Najib dalang perosak kestabilan politik negara

https://www.malaysiakini.com/news/627063

Diterbitkan:  Jul 4, 2022 2:13 PM⋅
Dikemaskini: 2:13 PM



Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan melabelkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan bekas perdana menteri Najib Razak sebagai dalang di sebalik ketidakstabilan politik negara yang menurutnya sengaja dicipta untuk menyelamatkan diri masing-masing.

Wan Saiful yang sering mempertahankan presidennya Muhyiddin Yassin, juga mempersoalkan jasa dan faedah merekaterhadap negara, terutamanya ketika Muhyiddin sedang menyelesaikan masalah rakyat, sewaktu memegang jawatan sebagai perdana menteri.

“Ini jauh berbeza dengan Zahid dan Najib, yang menjadi punca bukan sahaja masalah rasuah dan kleptokrasi yang kita warisi di Malaysia, tetapi juga punca kepada krisis politik yang mereka sengaja cipta dengan mempergunakan jentera parti, semata-mata untuk menyelamatkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.



Wan Saiful berkata, kedua-dua mereka sudah pasti menjadikan Muhyiddin sebagai sasaran kerana selagi dia dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.

Dia seterusnya berkata topik mengenai Najib adalah untuk perbincangan lain dan menumpukan serangan ke atas Zahid.

“Jadi, apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?

“Yang paling jelas, Zahid lah dalang disebalik ketidakstabilan politik negara. Zahid dalang di sebalik 15 orang ahli parlimen Umno mengkhianati kerajaan sendiri. Zahid dalang di sebalik tekanan kepada Ismail Sabri Yaakob hari ini.

“Zahid dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri. Zahid dalang yang akan terus berkomplot kerana terlalu desperate mahu menjadi perdana menteri,” katanya.

Wan Saiful turut membangkitkan isu perebutan kuasa di antara Zahid dan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, yang juga adalah naib presiden Umno.



Dia turut menggesa supaya bekas timbalan perdana menteri itu bersara daripada politik, agar kestabilan dapat dikembalikan kepada negara.

“Ada sesiapa percaya bahawa Zahid tak akan rebut kuasa dari Ismail Sabri? Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid betul-betul akan pertahan Ismail Sabri.

“Zahid dalang yang akan terus berusaha merosakkan kredibiliti Muhyiddin. Selagi rakyat melihat Muhyiddin sebagai negarawan, selagi itulah Zahid kekal sebagai bakal banduan,” katanya lagi.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-7-2022 03:43 PM | Show all posts
Ahmad Zahid dalang perosak, lebih baik bersara – Wan Saiful

https://www.utusan.com.my/nasion ... bersara-wan-saiful/

Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
4 Julai 2022, 1:31 pm


AHMAD ZAHID HAMIDI dan WAN SAIFUL WAN JAN

PETALING JAYA: Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai dalang kepada perosak kestabilan negara berbanding Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, ini kerana Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sudah membuktikan ketokohan beliau apabila tampil memimpin negara menghadapi krisis kesihatan, krisis politik dan krisis ekonomi yang mana menguruskan tiga krisis serentak memerlukan kepimpinan yang berbeza.

Katanya, kelompongan Tun Dr. Mahathir Mohamad meletak jawatan Perdana Menteri diisi oleh Muhyiddin tepat pada masa negara memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian dan keikhlasan seperti beliau.

“Sumbangan Muhyiddin dirasai oleh rakyat secara keseluruhan tanpa mengira bangsa atau agama. Wawasan Kemakmuran Bersama dijadikan agenda utama, dengan niat memastikan kekayaan negara tidak dibolot oleh mana-mana penjenayah, tetapi dikongsi oleh semua.

“Kini Muhyiddin kekal istiqamah membina kembali negara dengan mencari solusi kepada cabaran-cabaran negara melalui Majlis Pemulihan Negara,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Sehubungan itu, Wan Saiful berkata, segala yang dilakukan Muhyiddin itu jauh berbeza dengan Ahmad Zahid dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjadi punca bukan sahaja masalah rasuah dan kleptokrasi yang diwarisi.

Namun, katanya, kedua-dua pimpinan itu juga menjadi punca kepada krisis politik yang sengaja dicipta dengan mempergunakan jentera parti, semata-mata untuk menyelamatkan diri.

“Sudah pasti Muhyiddin menjadi sasaran mereka. Selagi Muhyiddin dianggap sebagai negarawan oleh rakyat, selagi itulah hidup dua manusia ini tidak tenteram.

“Kita tolak Najib ke tepi sekejap. Manusia tidak tahu malu ini adalah topik untuk perbincangan lain. Ada sesiapa boleh bagitahu apa jasa Ahmad Zahid kepada negara? Ada sesiapa boleh ingat apa legasi Ahmad Zahid? Ahmad Zahid ini faedahnya apa?.

“Sewaktu Muhyiddin bertungkus lumus membela nasib rakyat, Ahmad Zahid berpeluh di mahkamah. Bukan untuk negara, tetapi sebab dituduh perlakuan jenayah seleweng duit.

“Semasa Muhyiddin bergelumang menyelesaikan masalah rakyat, ada sesiapa ingat apa yang Ahmad Zahid buat untuk faedah rakyat? Jadi, apa sebenarnya faedah wujudnya manusia bernama Ahmad Zahid dalam senario politik Malaysia hari ini?.

Justeru, Wan Saiful menambah, Presiden UMNO itu juga adalah dalang yang jelas disebalik ketidakstabilan politik negara.

“Ahmad Zahid dalang di sebalik 15 orang ahli parlimen UMNO mengkhianati kerajaan sendiri. Ahmad Zahid dalang di sebalik tekanan kepada Ismail Sabri hari ini. Ahmad Zahid dalang yang pengecut menghadapi pemilihan parti sendiri.

“Ahmad Zahid dalang yang akan terus berkomplot kerana terlalu terdesak mahu menjadi Perdana Menteri. Ada sesiapa percaya bahawa Ahmad Zahid tak akan rebut kuasa dari (Datuk Seri) Ismail Sabri Yaakob ? Bodohlah sesiapa yang percaya Zahid betul-betul akan pertahan Ismail Sabri.

“Ahmad Zahid dalang yang akan terus berusaha merosakkan kredibiliti Muhyiddin. Selagi rakyat melihat Muhyiddin sebagai negarawan, selagi itulah Zahid kekal sebagai bakal banduan.

“Zahid, kamu manusia gagal yang bercakap pun dah macam orang gila. Kamu liabiliti kepada semua dikeliling kamu kerana fokus kamu hanya mencipta ketidakstabilan. Kerja kamu hanya gila mahu mencalarkan ketokohan seorang negarawan. Lebih baik kamu bersara supaya kestabilan kembali kepada negara,” jelasnya.  –UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
2x5, 5x2 sampai AJM
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:08 AM | Show all posts
duk kutuk org tu tapi parti kau sendiri bekerjasama dengan diorg, dgan parti yg kau panggil dia perosak tu dia sendiri jd presiden.................................... lpeastu kau kata dia perosak bagai ?  bodoh.... kau pun sama2 rosak sbb bersekongkol dgan perosak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2022 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
hahahahhahaha

Betul lah tu rekomendasi.. nuart dgn madey pun helok la bersara skali
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073454 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list