Sumber Google
Kata Ahmad, dia tidak berasa curiga terhadap gadis berkenaan kerana menerusi raut wajahnya yang nampak dewasa cukup menyakinkan dirinya bahawa teman wanitanya itu berumur 25 tahun seperti yang didakwa.
"Saya terkejut mengetahui bakal isteri saya itu sebenarnya baru berusia 15 tahun. Apabila ahli keluarganya membuat ugutan sedemikian, saya rasa diperguna dan dianiaya.
"Malah, ugutan yang dilemparkan juga tidak berasas. Ahli keluarganya meminta saya membayar RM800,000 dalam masa tiga bulan. Saya tidak mampu untuk sediakan wang sebanyak itu," katanya yang membuat laporan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat.
Cerita Ahmad lagi, ketika awal perkenalan, teman wanitanya sering mengelak apabila diminta untuk memberitahu usianya yang sebenar. Gadis itu turut menipunya bahawa kononnya kad pengenalannya hilang.
Menawarkan diri untuk menemaninya membuat laporan polis, gadis tersebut mengelak dan berkata akan melakukannya sendiri.
"Dia ada tunjuk laporan polis yang dibuatnya. Ketika itu, saya lihat nombor kad pengenalannya, saya yakin dia berumur 25 tahun dan saya bersedia untuk bernikah dengannya kerana keluarga kami juga sudah mula kenal antara satu sama lain," katanya.
Bagaimanapun, penipuan gadis tersebut akhirnya terbongkar apabila mereka keluar untuk makan malam di sebuah restoran di ibu negara.
Ahmad ternampak satu dokumen yang tertera nombor kad pengenalan gadis terbabit dan tidak sama dengan laporan polis yang dibuatnya sebelum ini.
Selepas beberapa hari, Ahmad bertanyakan hal itu namun dinafikan. Namun, apabila dipujuk, gadis berkenaan akhirnya mengakui usianya adalah 15 tahun.
"Saya terkilan dia mempergunakan niat baik saya untuk memperisterikannya. Jika dia berlaku jujur dari awal, perkara ini tidak akan terjadi," katanya yang percaya perkara itu sudah dirancang terlebih dahulu. -CARI