CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 316|Reply: 0

[Kedah] Korban: Daftar di Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah

[Copy link]
Post time 4-7-2022 02:47 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mattzzx at 4-7-2022 02:52 PM

ALOR SETAR - Pihak yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah korban tahun ini haruslah membuat permohonan pendaftaran penyembelihan di semua Pejabat Perkhidmatan Veterinar Daerah berhampiran dan mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Exco Pertanian dan Industri Makanan, Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Pengangkutan dan Hal Ehwal Masyarakat India, Datuk Azman Nasrudin berkata, ibadah korban akan dilaksanakan selama empat hari bermula daripada hari raya pertama Aidiladha.

Katanya, Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Kedah telah menyediakan prosedur permohonan untuk pelaksanaan ibadah agar selaras dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

"Ini bagi memastikan ternakan yang sihat sahaja disembelih dan mengurangkan risiko berlakunya kejadian wabak penyakit ternakan setiap kali selepas musim perayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.

Menurutnya, kegagalan untuk mendaftarkan ternakan (lembu dan kerbau sahaja) merupakan satu kesalahan dibawah Enakmen Pendaftaran Kerbau Lembu Negeri Kedah (pindaan pertama 1990) dan boleh dikompaun tidak melebihi RM 300.

"Selain itu, tindakan juga boleh diambil kepada mereka yang melakukan pemindahan ternakan (lembu, kerbau, kambing dan bebiri) tanpa kebenaran bertulis yang sah daripada Pengarah Perkhidmatan Veterinar atau Pihak Berkuasa Veterinar yang telah diberikan kuasa.

"Hukuman boleh diambil dibawah Akta Binatang 1953 (pindaan 2013) dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM15,000," katanya.

Azman menambah, jabatan turut memohon kerjasama semua pihak yang berhasrat untuk melaksanakan ibadah korban supaya membuat pendaftaran ternakan dan mendapatkan kebenaran untuk


pemindahan ternakan di Pejabat Perkhidmatan Veterinar di setiap daerah selewat-lewatnya pada 7 Julai ini.

"Sebarang pertanyaan dan maklumat lebih lanjut boleh menghubungi talian 04-7205200 atau merujuk kepada laman web http://www.dvskedah.gov.my// atau Facebook dvskedah atau email ke dvskedah@kedah.gov.my," katanya.


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... an-Veterinar-Daerah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.413826 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list