View: 868|Reply: 1
|
Budak Tiga Tahun Maut Jatuh Dari Dari Tingkat 29 Kondo
[Copy link]
|
|
NEW YORK: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut selepas terjatuh dari balkoni kondominium di tingkat 29 di sini, dalam satu insiden pagi.
Lapor ABC News, pegawai polis menemukan kanak-kanak itu dalam keadaan cedera parah di tingkat tiga kondominium berkenaan selepas menerima panggilan kecemasan.
Kanak-kanak itu kemudiannya dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.
 Gambar Hiasan
Menurut jurucakap polis kepada agensi berita AP, kanak-kanak itu dipercayai keluar ke balkoni menerusi tingkap dan siasatan penuh akan dilakukan.
Kondominium tersebut terletak di Taino Towers di Harlem.
Pihak berkuasa tempatan New York City mewajibkan pemilik kediaman tinggi supaya memasan tingkap keselamatan sekiranya tinggal bersama kanak-kanak berusia bawah 10 tahun.
Dalam kes yang berlaku, pihak berkuasa belum memastikan sama ada unit kediaman berkenaan sudah dipasang tingkap keselamatan atau sebaliknya.
Dalam pada itu, polis turut menyoal siasat dua individu yang berada di dalam rumah tersebut ketika mangsa terjatuh.
Seorang saksi, Nidia Cordero yang tinggal di tingkat 34 memberitahu, dia tiba-tiba terdengar suara ibu mangsa menjerit.
“Apabila saya melihat keluar, saya ternampak kanak-kanak itu berada di balkoni,” katanya.
Seorang lagi saksi menceritakan, dia terdengar bunyi hentaman yang kuat apabila kanak-kanak itu terjatuh. -CARI
Sumber: Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya lahai kejadian mcm ni dah banyak berlaku x kira di negara mana pun.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|