CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5676|Reply: 88

Isteri Hamil Anak Ke-8- Lelaki Hidap 2 Kanser Rungsing Dalam Akaun Bank Ada RM1.50 Je

[Copy link]
Post time 4-7-2022 10:13 AM | Show all posts |Read mode
Rawang: "Baki akaun saya tinggal RM1.50 saja, sewa rumah bulan ini pun belum dibayar dan tak tahu macam mana nak ke hospital esok untuk rawatan kemoterapi kerana tiada wang bagi membayar tambang ke hospital," luah Abdul Wahid Mohd Adnan Gavala.


Abdul Wahid, 34, menghidap dua jenis barah iaitu Peritoneal carcinomatosis (barah bahagian usus) dan Disseminated Restoneal Ewing sarcoma (barah tulang) tahap empat serta sakit jantung.


Dia disahkan menghidap penyakit itu sejak Mei lalu dan tidak dapat bekerja sejak Januari lalu hingga kini.


Foto: Harian Metro




Keadaan itu membuatkannya runsing kerana perlu menyara keluarga iaitu isteri, Marnisah Augobaralle, 31 , tujuh anak dan emak, Zubaidah Mohamad, 58, yang turut tinggal bersama.


Isterinya pula kini hamil lapan bulan namun belum ada persediaan dibuat untuk menyambut kelahiran cahaya mata kelapan mereka.


"Sebelum sakit, saya pernah bekerja sebagai pengurus operasi di sebuah syarikat pengawal keselamatan bermula tahun 2012 hingga 2019.


"Dalam tempoh sama iaitu pada 2018, saya berniaga kecil-kecilan menjual nasi bryani dan nasi campur dengan membuka gerai di tepi jalan sebelum meletak jawatan Oktober 2019.


"Awal 2020 agak mencabar kerana pandemik Covid-19 namun saya usaha juga berniaga hingga dapat peluang tawarkan khidmat katering selain menjual pelitup muka serta cecair pembasmi kuman.


"Kesihatan saya dulunya baik namun segalanya berubah sejak Februari lalu apabila kaki saya jadi kebas dengan tiba-tiba kemudian perut kembung," katanya ketika ditemui di rumah sewanya dekat Pangsapuri Seri Seroja, Bukit Beruntung, di sini.







Menurut Abdul Wahid, dia pada awalnya mendapatkan rawatan klinik swasta saja tetapi ke hospital selepas keadaan perutnya tidak menunjukkan perubahan.


"Mulanya doktor di klinik beri suntikan dan ubat namun perut saya tetap kembung walaupun selepas sebulan malah berasa seperti ada air dalam badan.


"Bagi mendapatkan kepastian, saya ke klinik semula untuk pemeriksaan dan didapati kembung itu bukan kerana gastrik atau najis. Doktor merujuk saya ke Hospital Selayang sebelum ditahan pada 8 Mac lalu.


"erut kanan saya ditebuk dan setiap hari keluar dua liter cecair kotor daripada badan. Kemudian, perut kiri pula ditebuk. Pada awalnya saya disyaki ada tibi, jantung dan paru paru namun akhirnya disahkan menghidap dua jenis barah," katanya.


Abdul Wahid berkata, rawatan kemoterapi pertama dijalankan pada 3 Jun di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sebelum dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) kerana masalah jantung dan baru pulang ke rumah 20 Jun lalu.


"Esok, saya sekali lagi akan ke HKL untuk menjalani rawatan kemoterapi kedua.


Menurut doktor, saya perlu menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan dan tidak boleh bekerja sepanjang tempoh itu.


"ening juga kerana sudah kehabisan wang simpanan jadi tak tahu bagaimana untuk membeli barang keperluan rumah. Bekalan susu anak juga habis hingga anak bongsu saya terpaksa minum air teh saja.


"Mujurlah sewa rumah sejak Januari hingga Jun sudah dilangsaikan menggunakan duit simpanan namun masih tertunggak bulan ini kerana tiada wang dan risau juga kerana ia perlu dibayar sebelum 7 Julai," katanya.


Abdul Wahid mengakui malu meminta minta malah mahu berniaga seperti dulu untuk menampung keluarga tetapi kudrat dan kesihatan tidak mengizinkan.


"Diharap, saya dapat sembuh dan berdoa semoga dipanjangkan umur.


"Kalau ada yang ikhlas bolehlah beri sumbangan modal berniaga kerana peralatan dan tapak niaga sudah ada," katanya yang belum menerima bantuan dan berusaha mendapatkannya menerusi Majlis Kanser Nasional (Makna).


Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank bernombor 162441090881 atas nama Abdul Wahid Mohd Adnan Gavala atau menghubunginya di talian 017-255 1230. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 10:14 AM | Show all posts
jgn la dok pancut dlm lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 4-7-2022 10:14 AM
jgn la dok pancut dlm lagi

Pening aku baca.. jutawan jah yg boleh tolongmu.. mintak tolong dgn aku ... aku leh bg rm10 ke rm20 jahh..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
OK lah nampak dia ni rajin berusaha cuba silapnya bab pakai kondom agak malas sedikit. Mungkin jenis percaya rezeki turun dari langit bersama2 anak yang lahir. Teruskan lah.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Gavala, Augobaralle nih ummah asal mana? Nepal?
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:25 AM | Show all posts
umur 45, berapa la anak mereka nanti..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Semoga dipermudahkan urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
taktau nak tulis apa, anak nak masuk 8 org, bapa sakit yg taktau boleh sembuh ke tak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:10 AM | Show all posts
taktau nak komen apa pasal anak 8 tu, tapi abaikan je la since heshe pon tau heshe ada kanser selepas kejadian anak ke 8
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Bole claim socso x kes mcm ni? Sian pula
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:23 AM | Show all posts
semoga dipermudahkan urusan family ni..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
kalau tak sakit maybe hidupnya ok2 je kot sbb wpun diuji masa pandemik still survive blh cari makan lg. cumanya ramai sgt utk duduk dlm rumah flat tu. tambah2 dia sakit ni lagi la berserabut.
harap dipermudah urusan dia sekeluarha
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:27 AM | Show all posts
nak komen lebih pun serba salah..tak pernah dengar term family planning ke? yang aku puji, dalam susah2 pun dia terfikir nak setelkan duit sewa rumah...takdelah macam certain orang tu sengaja culas bayar. tapi, sampai coming soon 8 anak tu...aku bukan nak judging tapi tengah cuba memahami...aku nak beranak sorang pun duk mengira itu ini, inikan pulak sampai 7-8...pampers,baju,makan minum nak membesarkan sorang anak bukannya murah compared to harga sekotak kondom...kang mulalah,anak ramai2 ada yg keciciran pelajaran sebab takde duit nak hantar sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:30 AM | Show all posts
myanmar ke apa ni
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:31 AM | Show all posts
_blackbird replied at 4-7-2022 11:10 AM
taktau nak komen apa pasal anak 8 tu, tapi abaikan je la since heshe pon tau heshe ada kanser selepa ...

still, kalau takde cancer pun, say anak ke 6-7 tu... ok faham, dia berabis duit ubat kanser dia, tapi sebelum beranak 6-7 tu dia takde beli insurans diri sendiri ke...eh kisah pulak aku kan pengurusan kewangan dia...tapi agak insaf untuk aku la kalau sampai dalam akaun bank ada 1.50...macam mana yer boleh serendah 1.50?i thought minimum rm10,jahilnya aku  bak kata poremer tadi, nak tolong banyak tu tak mampu lah jugak,sikit-sikit tu boleh la...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
covidisreal replied at 4-7-2022 11:27 AM
nak komen lebih pun serba salah..tak pernah dengar term family planning ke? yang aku puji, dalam sus ...

Yelah.. kita pulak sakit kepala pikir kos sara hidup dia anak beranak..
Camnelah orang bleh terpikir gaji kecik beranak mcm tikus. Anak sorang pun banyaaaak sgt pakai duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 11:34 AM | Show all posts
Edited by ezacbee at 4-7-2022 11:45 AM

Perbelanjaan bulanan anak sorang pun dah pening, inikan 8 org..
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:35 AM | Show all posts
https://pemilihankeadilan2022.co ... -54-55-56-57-58-59/

kalau google nama bini dia, ada muncul kat pemilihan keadilan... MARNISAH BINTI AUGOBARALLE        AHLI JAWATANKUASA AMK CABANG       
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:41 AM | Show all posts
evlinne replied at 4-7-2022 11:33 AM
Yelah.. kita pulak sakit kepala pikir kos sara hidup dia anak beranak..
Camnelah orang bleh terpi ...

itulahkan? nak cuba empati tapi itulah,tertanya-tanya,masa tengah sihat, anak 6-7 lagi tu, macam manalah kewangan dia uruskan....insaf betul aku baca thread ni even takde banyak posting lagi.tak pepasal rungsing dia berjangkit ke kita kan? bini umur 31, anak nak masuk 8, ada anak kembar ke, beranak tiap tahun ke
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 11:46 AM | Show all posts
kan dia cakap baru sakit teruk february. bini dia dah 8 bulan mengandung. maybe dia tak expect jadi teruk camni. anak nak masuk 8 adu hai. anak iols nak masuk 3 ni pun dah tecungap iols cakap kat laki iols cukup lah 3 kereta dah tak muat.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 12:37 PM GMT+8 , Processed in 0.375231 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list