CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 400|Reply: 0

[Johor] Sindiket jual diesel tengah laut ditangkap

[Copy link]
Post time 3-7-2022 04:26 PM | Show all posts |Read mode

Kamarul Zaman menunjukkan rampasan minyak diesel di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor, Kota Tinggi.

   
KOTA TINGGI: Sebuah sindiket kapal tangki menjual minyak diesel di tengah laut kepada pasaran gelap tumpas dalam serbuan di sebuah premis di Sungai Bauk, Tanjung Belungkor kelmarin.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dalam Op Bersepadu Kontraban, pihak berkuasa merampas diesel dan peralatan bernilai RM14.45 juta.

Antara dirampas sebuah kapal tangki, minyak diesel 138,000 liter, empat tangki treler, empat unit pam penyedut minyak, set generator dan sebuah Toyota Vios.

Menurut beliau, operasi pada pukul 11 malam itu turutmenahan 13 individu terdiri daripada empat lelaki warga tempatan dan sembilan lelaki warga asing berumur 18 hingga 62 tahun di sebuah premis yang dijadikan tempat transit penyeludupan minyak diesel tersebut.

“Kita juga menyita hampir 138,000 liter minyak diesel dan keuntungan yang diperoleh sindiket dari setiap liter sebanyak RM1. Bagi modus operandi pula, mereka menjalankan kegiatan ini setiap tiga hari sekali, membawa minyak diesel ke pasaran gelap dan jual dengan harga lebih tinggi.

“Minyak dibawa menggunakan kapal tangki dan dijual di tengah laut kepada pasaran antarabangsa dan juga tempatan. Minyak disyaki diperoleh dari sekitar Johor dan luar Johor, namun masih dalam siasatan kita,” katanya dalam sidang media di lokasi rampasan hari ini.
Menjual minyak

Menurutnya, sindiket aktif  kira-kira sebulan lalu dengan menjual minyak diesel pada harga RM3 lebih bagi satu liter.

Kata Kamarul, polis masih melakukan siasatan bagi mengenal pasti pemilik premis dan berdasarkan pemerhatian, sindiket tersebut bukan baharu meskipun peralatan digunakan adalah baharu.

“Mereka menyasarkan jualan bagi pasaran antarabangsa kerana harga minyak di luar negara mahal. Tambahan pula laluan ini merupakan laluan air dari Terminal Feri Stulang ke Batam dan ini adalah laluan antarabangsa,” kata beliau.

Sementara itu, Kamarul memberitahu, sejak Januari hingga 2 Julai lalu, Polis Marin Wilayah 2 membuat rampasan sebanyak 820,959 liter minyak diesel dengan nilai RM1.7 juta.

Kata beliau, pihaknya akan terus membanteras dan memastikan penyelewengan minyak diesel atau minyak-minyak lain yang menyebabkan kerugian kepada masyarakat dan negara.- UTUSAN


https://www.utusan.com.my/nasion ... gah-laut-ditangkap/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:20 AM GMT+8 , Processed in 0.057048 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list