CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT
Search
Carian Terbanyak:
View: 1381|Reply: 14

[Tempatan] Ini satu fitnah yang cukup besar - Nik Zawawi

  [Copy link]
Post time 3-7-2022 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mojarean_X at 3-7-2022 09:35 AM


Nik Zawawi menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang memandang remeh terhadap kenaikan harga barang, malah menyifatkannya sebagai fitnah. -Gambar fail/Bernama

GEORGE TOWN: Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh menafikan laporan yang dikeluarkan mengenai kenyataannya berhubung kenaikan harga barang.
Dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Sabtu, Nik Zawawi menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang memandang remeh terhadap kenaikan harga barang, malah menyifatkannya sebagai fitnah.
"Isu yang mengatakan saya memandang remeh terhadap kenaikan harga barang adalah satu fitnah yang sangat besar dan tidak sepatutnya dikeluarkan oleh mana-mana pihak di kalangan pemimpin," katanya.


Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataannya bahawa kerajaan memandang serius terhadap kenaikan harga barang di negara kita dan di dunia secara umumnya.
Dalam sidang akhbar yang diadakan pada Jumaat, selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pengeluaran Benih Padi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu, di sini, Nik Muhammad Zawawi menyatakan bahawa kerajaan akan terus mengambil pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah (B40) menangani kenaikan kos.
Beliau berkata, selain memberi subsidi, kerajaan turut menghulurkan bantuan tunai terus kepada golongan sasar untuk membantu mereka mengatasi kenaikan kos barangan keperluan.
Justeru, kenaikan harga barang tidak sepatutnya menjadi masalah besar kepada mereka (pengguna) berbanding rakyat dari negara lain kerana keadaan mereka lebih teruk berbanding Malaysia.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Muhammad Zawawi mengenai perkara tersebut setelah diajukan soalan mengenai harga siling ayam yang ditetapkan kerajaan.
Soalan wartawan:
Datuk, Persatuan Pengguna Pulau Pinang menyatakan harga siling ayam yang ditetapkan RM9.40 terlalu tinggi untuk golongan B40, jadi Datuk boleh komen berkenaan kenyataan tersebut?
Jawapan Nik Muhammad Zawawi:
"Harga ayam ini, bukan sahaja RM9 lebih, RM8 lebihpun, memberi kesan kepada B40. Tetapi kita kena ingat dan kita kena bersyukur, dalam negara kita ini, hari ini, satu-satunya negara di Asia Tenggara ini yang kerajaan mengeluarkan satu jumlah peruntukan yang besar dan kita bagi kepada golongan B40, ini subsidi atau bayaran tunai kepada mereka melalui akaun-akaun bank dan walaupun harga itu naik, tetapi kerajaan dah bagi duit, saya kira B40 pun, dia tidak menimbulkan masalah yang besar sangat berbanding dengan negara-negara lain.
"Kalau kita tengok macam Sri Lanka, macam banyaklah negara-negara seolah-olah rakyat dia ni nak sampai ke satu tahap macam nak buat demonstrasi besar-besaran.
"Dalam negara kita ni, kerajaan masih mempunyai kemampuan untuk membantu rakyat.
"Kita bagi subsidi, harga ayam masih kita kekalkan subsidi, harga telur pun mengekalkan subsidi dan kos sara hidup yang lain ini dibantu oleh pihak kerajaan dengan diberi kewangan secara tunai, yang terbaru ini, kita tambah RM100, maknanya daripada RM400 jadi RM500 kepada golongan B40 yang duduk dalam keluarga, yang berkeluarga, maknanya dapat ‘support’ daripada pihak kerajaan.
"Jadi kalau kita bercakap harga ayam ini naik, harga telur naik, kita tak subsidi tu, tak adillah, tak adil.
"Kita kena sebut belaka, kena sebut belaka kerana kita kena ingat, tidak ada satu kerajaan dalam dunia ini mampu membendung harga kenaikan harga barang, tak dak (ada).
"Cara yang kerajaan boleh olah, iaitu lah kerajaan bagi subsidi atau bantuan kepada pihak rakyat.
"Di Amerika naik, di mana-mana naik, harga barang ini melambung naik, bukan di Malaysia saja.
"Ini kena ingat, satu dunia melambung naik, tidak ada siapa yang boleh tahan benda ini, cuma di Malaysia ini, insya-Allah kerajaan peka dan kerajaan akan ambil inisiatif-inisiatif yang sewajarnya untuk kita bantu rakyat, insya-Allah." - Sinar Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 3-7-2022 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Amnesia ke atuk
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 12:48 PM | Show all posts
jangan fitnah2

berdosa

kalau tak tau ekonomi jangan sembang serba tau.. AP la subsidi la deflasi la inflasi la

tapi baca graf tak pandai

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaarghkahkahkahkahkahkahkah

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Lebai2 bila dah dapat jawatan sama je kot dengan yg lain....ayat membela diri dengan harapan tak hilang jawatan.

Rasanya masa terserempak di airport sampai polis kawal laluan dia dengan family lah kot..satu family dalam vellfire. Timbalan pun polis kawal laluan juga ya...so semua nak jadi menteri agaknya???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-7-2022 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 3-7-2022 02:40 PM
Lebai2 bila dah dapat jawatan sama je kot dengan yg lain....ayat membela diri dengan harapan tak hil ...

Escort polis ni limitkan pd PM je lah. Menteri dan timbalan menteri x perlu rasanya. Kalo dh byk sgt polis escort, nilai exlusive police escort tu dh hilang dan rakyat mkn kurang hormat. Kesian kalo police escort Sultan dan raja2 jd mangsa disebabkan perangai menteri dan timbalan menteri yg sendu2 ni. Limitkan police escort pd yg betul2 vvvvip je.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:18 PM | Show all posts
nak ketawa tak lawak..nak komen ..speechless. level tu je menteri..kau buat kerja ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 04:18 PM | Show all posts
nak ketawa tak lawak..nak komen ..speechless. level tu je menteri..kau buat kerja ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 11:48 PM From the mobile phone | Show all posts
olaklempit replied at 3-7-2022 02:40 PM
Lebai2 bila dah dapat jawatan sama je kot dengan yg lain....ayat membela diri dengan harapan tak hil ...

Tggu nxt pru klau lobai kalah dgn beend, adakah gaya ckp tu menten menjilat ke atau terus dikafirkan gomen yg x pandai urus negara waima rega sebiji telur
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT
Post time 4-7-2022 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Fauziah Nawi tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 01:50 AM | Show all posts
masa PRU.. line up PAS bukan main gempak lagi.. rata2 line up ramai professional dan berpendidikan tinggi.. last2.. bila jadi menteri.. teros jadi bebal.. apa malaysia nih.. mmg ada sumpahan ke? sapa2 naik jadi menteri.. ramai yang jadi bodoh dan bebal
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:30 AM | Show all posts
Dia ni dgn Tuan Ibrahim adalah 2 person yg aku respek dalam parti lebai.

Meski dah jadi menteri, masih iqtiqomah buat kuliah di surau masjid area aku macam dulu2..

berjumpa, bersosial seperti dulu, cuma jarang sebab dah busy.

Sebab tu bila keluar berita macam ni aku ambil jalan tengah sebab Nik Z ni ada macam madrasah dan markas khas bantu anak2 yatim, asnaf dan muallaf.

Jadi, mustahil ayat2 camtu keluar dari mulut dia sebab dia ni antara orang yg setiap hari bantu orang, tak macam korang2 dan aku dalam ni.. nak bantu family sendiri pun berkira2..

Ramai juga orang dia dah Islamkan. Cabaran utama nak bagi muallaf ni stay dalam Islam.

Jadi ramai musuh.

Lebai2 lain dalam PAS aku tak berapa kenal dan ada juga yg aku anti sebab sembang je kuat.



Lain2 tu belum
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:32 AM | Show all posts
Edited by Simunggu at 4-7-2022 08:33 AM

kalau PH harga minyak petrol mesti RM1.50 seliter...yg lain sure ikut murah..1 troli penuh dgn RM50....menyesal tak undi PH
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:34 AM | Show all posts
modus operandi puak ketayap ni cmni la
suma fitnah fitnah fitnah
pastu divert isu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:48 AM | Show all posts
nak konar la tu tu bila dah kantoi..

Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2022 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 4-7-2022 08:32 AM
kalau PH harga minyak petrol mesti RM1.50 seliter...yg lain sure ikut murah..1 troli penuh dgn RM50. ...

Petrol 1.50 tu kalau undi PR bromung oiii....

Samalah nnt andai PN menang next PRU,  xleh lah nk tuntut PTPTN free dekat PAS sbb tu janji GS bkn PN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

14-8-2022 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.093483 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list