CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7295|Reply: 80

Bekas Isteri SM Faisal Tak Malu Digelar Banduan

  [Copy link]
Post time 1-7-2022 07:44 PM | Show all posts |Read mode
Selepas tujuh hari menjalani hukuman di Penjara Wanita Kajang, bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi merasakan tidak perlu untuk merasa malu di atas hukuman yang dikenakan hingga menyebabkan dia digelar banduan.


Sebaliknya, Emilia, 43, berkata, semangatnya lebih melonjak untuk berdiri di atas kebenaran dan berharap anak-anaknya juga tidak malu atas kejadian yang menimpanya.




Foto: FB Media Variasi




Menerusi siaran langsung di Facebook Media Variasi, menunjukkan Emilia, 43, mengenakan jubah dan selendang putih yang sama dipakai ketika menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Isnin lalu keluar dari penjara itu, jam 11 pagi.


Dalam temu bual berkenaan, Emilia berkata, dia ditempatkan bersama pesalah wanita yang berdepan tuduhan jenayah berat antaranya kes dadah, samun, pecah rumah dan pendatang asing tanpa izin (PATI).


Sedangkan katanya, jenayah yang dilakukan ialah kesalahan lain iaitu mengubah tarikh lawatan tiga anak bersama bekas suaminya, beberapa tahun lalu.


Ibu kepada tiga anak lelaki berusia 10 hingga 16 tahun itu berkata, tiada sebarang rintangan dihadapi, malah dia menggunakan masa sebaik mungkin untuk diri sendiri serta rakan-rakan lain.




Foto: IG Emilia




Menceritakan pengalaman di tirai besi, Emilia berkata, selepas pendaftaran, dia ditempatkan di transit kuarantin selama empat hari.


Di sana katanya, saat yang paling mencabar ialah berkongsi tong dengan penghuni penjara lain, untuk membuang air kecil dan besar tanpa sebarang penghadang.


“Kemudahan untuk mandi sekali sehari pada jam 4 pagi, manakala penggunaan tandas dua kali sehari, selebihnya menggunakan tong, jadi disebabkan keterbatasan itu, saya perlu menjaga wuduk.


“Saya percaya, jika saya boleh buat sesiapa sahaja boleh, jadi jangan takut, saya juga tidak gentar sebab saya tahu tiada sebarang kesalahan dilakukan,” katanya.





Video: FB MEdia Variasi



Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan, bekas isteri Datuk SM Faisal SM Nasimuddin Kamal, Emilia Hanafi, dipenjara tujuh hari bermula Isnin di atas kegagalannya untuk mematuhi keputusan Mahkamah Tinggi Syariah berhubung tarikh lawatan tiga anaknya.


Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah di sini menjatuhi hukuman tujuh hari ke atas Emilia kerana menghina mahkamah ekoran mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.


Pada 8 Jun, Emilia memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah di sini yang menjatuhi hukuman penjara berkenaan.


Permohonan dibuat menerusi Tetuan Nizam Bashir & Associates di Mahkamah Tinggi dan menamakan SM Faisal, 43, serta bekas ibu mentuanya, Puan Sri Zaleha Ismail, 70, sebagai responden.


Turut dinamakan ialah Pendaftar Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah-Wilayah Persekutuan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur dan Kerajaan Malaysia.


Pada 15 Jun lalu, Mahkamah Majistret di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap Emilia kerana gagal hadir sebagai saksi pendakwaan, dalam kes jenayah terhadap bekas suaminya.


Hukuman terhadap Emilia menyebabkan Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah mengeluarkan kenyataan bahawa wanita Islam masih didiskriminasi di bawah sistem undang-undang syariah Malaysia yang disiarkan oleh sebuah portal.


Pada 25 April lalu, Maria Chin dijatuhi hukuman penjara tujuh hari oleh Mahkamah Tinggi Syariah selepas didapati bersalah menghina mahkamah dengan mengkritik keputusan mahkamah itu yang menjatuhkan hukuman penjara ke atas Emilia.




Sumber: Sinar Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus perempuan ni....jenis kuat...keras hati...

X suka perempuan yg lembik2 mengada2
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama tertanya cemana ghuper jail kat malaysia hurmm teruk amat.
Dahla campur je hat kesalahan berat ngn ringan.
Teringat cite Spain Locked Up tu hat asalnya bukan jahat pun lelama jadi jahat bila duk dlm jail terpaksa tidak mati la ko asik kena buli.
Ingatkan penjara kat negara islam lebih selesa dan menitikberatkan kebersihan rupanya ermm
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kuat juga mental die nak hadap hukuman... Die mengakula die tukar tarikh lawatankan... So die hadap jela dgn undang2x...
Ni mcm kire reverse physiology untuk mamat tu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Sistem dua darjat....  
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Sofa Merah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:43 PM | Show all posts
betul.. tak perlu malu.. tengok Tuan Guru Haji Lim Guan Eng dan DSAI.. dua2 bekas banduan.. mana ada malu.. orang lagi respek kot bekas banduan

bangsa etis gay pondan pedo lagi dipuja dalam forum dipanggil akak oleh kenalan2 terdekat

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak lama lingkuplah naza clan buat naya kt org
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila pula turn pesal notelo ke dalam?


Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat perempuan ni. Dapat lepas dari kaki pukul dan penzina.. masuk penjara pun masih berani dan cekal untuk anak2. Aku harap betul sofa merah ni kena balasan dari segi kesihatan dan harta. Menganiaya anak dan bekas bini.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 10:59 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 1-7-2022 07:47 PM
Bagus perempuan ni....jenis kuat...keras hati...

X suka perempuan yg lembik2 mengada2

suka dia ckp dia tenang masuk masuk penjara.aku setuju ..bila ko tenang ko automatik akn kuat.bukannya meroyan-royan  tu boleh jadikan kita kuat.dia ni golongan kayangan..hikmahnya dia masuk penjara tu dia lebih sabar dan ada empathy.aku yg yg marhaen ni bila dengar pengalaman dia masuk penjara pun  tak sangup walau sehari nak melaluinya.moga urusan EH ni dipermudahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 11:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by haifawehbe at 1-7-2022 11:08 PM

iols dulu selalu pegi buat lawatan dekat penjara.. masuk sekali bilik banduan akhir.. warden penjara explain sambil tunjuk tali gantung mmg guna kualiti terbaik nk pastikan banduan digantung x terputus tali..
tidur atas lantai simen tanpa selimut bantal.. 1 bilik ada dlm 3 org gitu share 1 tong taik kecik.. tgok jugak video banduan kene sebat dekat montot sampai koyak kulit berdarah2 sambil jerit allahuakbar.. mahu mental iols kalau jadi banduan
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 1-7-2022 10:59 PM
suka dia ckp dia tenang masuk masuk penjara.aku setuju ..bila ko tenang ko automatik akn kuat.buka ...

X pernah ikut sgt kisah depa ni...maksud noor x tahu detail ttg karektor emila dan kata2 dia pasa ex laki dia..

Tapi manusia yg kuat..ego dia tinggi,  dia x detail sgt bila nk bercerita berdrama, menangis, tulis detail meleret2 burukkan pihak lawan sb nk sokongan atau perhatian org ramai.  Manusia jenis ni menangis pun dia x tunjuk..

Tapi biar tuhan je yg akan tunjukkan...mesti akan keluar jugak kebenaran..ni akan jadi..tuhan dah janji....SABAR..

Nampak perempuan ni jenis mcm ni..kuat.....yela wakau kadang2 bila teruk kita kena kita bukanla manusia sempurna .ada terkeluar jugak sikit meroyan tapi x berdrama atau meleret..

Moga perempuan ni kuat...anak2 perhati..mereka akan tahu yg siapa betul siapa salah lama2
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap dia bykkn berdoa Allah balasan kat org aniaya dia.....

Kau tunjuk kau ada kuasa, nati Allah tunjuk kekuasaan Allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:44 AM | Show all posts
aku teringin nk tengok bila bekas laki dia akan dipenjarakan atas kesalahan2 yg dilakukannya
bila la undang2 malaysia akan telus buat kerja..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
ok la kan..tunggu turn laki dia lak..geli la tgk muka lakinya..seramm..
i ingt bila dh masuk keluarga kyyangan gitu dh ssh nk keluar..seram kalau ingt balik yg dia kena drug tu..omggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2022 01:03 PM | Show all posts
Nnoor2 replied at 2-7-2022 07:10 AM
X pernah ikut sgt kisah depa ni...maksud noor x tahu detail ttg karektor emila dan kata2 dia pasa  ...

nak meroyan meleret-leret pun tkde pekdah noor.takde penyelesaian.kalo tak silap kes dia kena belasah separuh mati dek  ex laki tak guna tu pending dah 5-6 tahun.ke abis macm tu je??tak pasti.tapi yg ni kes  mahkamah syariah.kesalahan kecik je.tukar tarikh lawatan.bukan memandai kata takde sekelumit salah.boleh je guna  bicara. hukuman 7 hari penjara sama mcm org reman lakukan jenayah. keluar penjara  dari kata2 mmg  nampak tenang dan sabar.bijak pun iye.kesabaran ,ketenangan ni susah nak dapat kalau org dlm situasi dia.sabar tu bukan bermksud kalah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kaka simpati dgn Emilia..

Dia ni mangsa sexual abuse..

Dgn laki sendiri yg patut jadi pelindung

Mmg dia patut halang pon ank2 Dr jmp ex laki dia yg sex maniac tu...

Semoga dia pulih dr luka n trauma silam

If u know what I know sure u kesian gilaaaaa dgn Emilia ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Nham22 replied at 1-7-2022 08:25 PM
Kuat juga mental die nak hadap hukuman... Die mengakula die tukar tarikh lawatankan... So die hadap  ...

Celaka betul jantan porn sofa merah tu.. Sial, kasalahan tukar tarikh lawatan anak je pun seolah mendera anak... Sialan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Normabaru replied at 2-7-2022 01:10 PM
Kaka simpati dgn Emilia..

Dia ni mangsa sexual abuse..

Kat thread kenamaan sana
ramai je yg mengata dia kak normah
kata dia kuat drama
berdendam lah
heran betul la
yg mengata tu perempuan kot

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

27-11-2022 12:25 AM GMT+8 , Processed in 0.120549 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list