CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 937|Reply: 5

Caj Terlampau Tinggi, Afdlin Shauki Minta Cukai Hiburan Dikaji Semula

  [Copy link]
Post time 1-7-2022 01:42 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menyeru pihak bertanggungjawab untuk melihat semula cukai hiburan dan peratusan caj perkongsian yang dikenakan oleh pihak panggung wayang kepada pembikin filem tempatan.


Afdlin ketika dihubungi berkata, cukai hiburan yang dikenakan sehingga 25 peratus dan caj 50 peratus yang dikenakan oleh panggung wayang membebankan pihak pembikin filem dan penerbit.


Foto: IG




"Saya memohon agar pihak bertanggungjawab melihat semula cukai hiburan yang dikenakan. Begitu juga dengan pecahan peratusan yang diambil oleh pihak panggung wayang.


"Saya rasa, perlu ada satu akta dari parlimen menetapkan agar jumlah peratusan caj yang dikenakan oleh pihak panggung wayang tidak boleh setinggi itu," katanya kepada Harian Metro.




  



Menurutnya, pembikin filem tempatan perlu mendapat sokongan dari aspek ini lebih-lebih lagi selepas industri filem tempatan terpukul hebat akibat pandemik Covid-19.


" Pembikin filem tempatan masih lagi dalam keadaan merangkak untuk naik semula selepas pandemik. Kalaiu nak caj nilai setinggi itu kepada filem antarabangsa, itu terpulanglah, tetapi bukan kepada karya tempatan.


"Bayangkan, kalau sesuatu syarikat produksi dapat kutip RM20 juta sekali pun, belum tentu mereka boleh membuat keuntungan selepas ditolak peratusan itu dan ini," katanya.




  



Menurut Afdlin, caj yang dikenakan kepada filem antarabangsa itu sepatutnya digunakan semula untuk menampung dan memberi sokongan kepada filem tempatan.


"Seperti yang saya sebut, kalau caj yang tinggi itu dikenakan kepada filem antarabangsa, hasilnya boleh digunakan semula untuk menampung dan memberi sokongan kepada filem-filem tempatan," katanya.


Afdlin juga menyeru beberapa pihak terutamanya Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan pihak kerajaan supaya memikirkan cara terbaik bagi membantu industri perfileman negara.




  



"Mereka perlu fikirkan, bagaimana untuk bantu supaya industri filem kita menjadi lebih besar dan kuat. Kita tak pernah kekurangan pembikin filem yang bagus dan datang daripada pelbagai generasi.


"Beri semangat kepada mereka secara berterusan untuk memastikan ada kesinambungan daripada pelapis-pelapis ini. Biar anak-anak kita yang bekerja dalam industri seni kreatif ini rasa tidak terabai," katanya.


Afdlin juga mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada filem Mat Kilau yang berjaya memecahkan pelbagai rekod dengan kutipan yang sangat membanggakan.


  



"Saya sangat gembira dengan pencapaian Mat Kilau dan tahniah kepada pasukan produksi filem ini. Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyokong filem tempatan ini. Sokongan anda semua umpama pembakar semangat buat kami, pembikin filem untuk terus berkarya.


"Filem ini menggerakkan kita untuk merasakan satu emosi bagi berubah ke arah kebaikan. Saya tahu, ada yang menghentam, tetapi, saya seru agar kita sama-sama tumpukan juga kepada aspek yang bagus," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 04:54 PM | Show all posts

Hmmm...

[AceHand SPECTaceLAR]

Patotlah kita punya industri susah nak maju... Yang nak kaut untong atas angin tu tinggi sangat cajnya...


Jizzz... Klong! Klong!

Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala afdlin.. Wlau mcmtu pon ko tetap kaya raya.. Anak afdlin si Mia tu pon muda2 pakai Mercedes..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:38 PM | Show all posts
sebenarnya kan caj 50% drpd pengusaha/operator pawagam tu baru2 ni je naik ke atau dolu2 pun sama?
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Produksi filem tak masok poket kah siap2 masa kos pembikinan? Mcm ada produksi tu pengarah penerbit cinematographer hero heroin penyunting stunt itu ini semua adik beradik anak pinak ipar duai. Belum apa2 grant yg dapat berapa persen masuk poket dulu? Cer
citer.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 08:47 PM | Show all posts
apa je filem best si boroi perasan bagus ni erkkkk??

Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.438551 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list