CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1226|Reply: 13

Bosan Nak Dengar, Janganlah Sibuk Nak Carikan Jodoh Shuib

[Copy link]
Post time 1-7-2022 11:45 AM | Show all posts |Read mode
Sering diasak isu mencari pengganti, termasuk ada yang cuba menjodohkannya dengan kenalan dalam industri, pelawak Shuib memohon diberikan ruang untuk menjalani kehidupan dengan tenang.


Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad juga cukup sedar, barangkali ramai mulai bosan dirinya sering bercakap tentang jodoh baharu selepas 10 bulan pemergian isteri tersayang, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.


FotoG




“Tak rimas tapi kalau boleh berilah sedikit ruang untuk saya menjalani kehidupan dengan tenang, sebab ini bukanlah satu perkara yang mudah.


“10 bulan Sarah dah tinggalkan saya dan anak-anak. Satu rasa yang cukup luar biasa sebenarnya. Kadang-kadang sampai tak tahu bagaimana nak terjemahkan.


“Tak pernah satu hari berlalu saya tak teringatkan tentang Sarah. Susahnya nak menjalani kehidupan pun dah satu tekanan buat saya,” katanya kepada Kosmo! Online.




  



Ujar bapa kepada empat cahaya mata itu lagi, apabila ramai yang cuba menjodohkan dirinya dengan mana-mana wanita, tekanan turut dirasai namun dia cuma mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai.


“Saya berterima kasih apabila orang ambil berat pasal saya tetapi kadang-kadang pasal jodoh, bercinta dan berkawan dengan siapa membuatkan saya tertekan.




  



“Mengapa tidak doakan saya dan anak-anak yang terbaik. Insya-Allah, doa-doa kalian semua saya akan balikkan. Saya nak semua orang bahagia dan teruskan doa yang terbaik tapi jangan terlalu menekan cuba nak jodohkan dengan itu, dengan ini.


“Anak saya semakin membesar dan mereka dah boleh membaca. Saya tak nak komen yang bukan-bukan dalam media sosial memberi kesan kepada emosi dan pemikiran mereka,” kata Shuib, 38.




  



Terdahulu, selepas pemergiaan Siti Sarah Ogos tahun lalu, beberapa wanita termasuk kenalan industri seperti penyanyi Siti Nordiana dan terbaharu, pelakon Zara Zya pula dikatakan bakal jodoh Shuib. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 12:30 PM | Show all posts
muka jawa ada hati nak pakai mcm oppa
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 01:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Duda hot ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 01:31 PM | Show all posts
gambaq jauh not bad laa.. gambaq dkt nmpk la muka jawanya.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
jijilaaa: muka jawa ada hati nak pakai m ...

Perasan lee dong wok barangkali. Padahal mcm kuda padi
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 04:35 PM | Show all posts
heran betul orang yang sibuk carikan jodoh orang ni...
dah takde kerja lain ke dik... bila orang tu nak kahwin dia kahwin la...
yang engko tu pun rumah tangga pun terkontang kanting lagi...
silap2 andartu plak tu yang nak jodohkan orang lain...

baik humban je diri sendiri belakang rumah dan kambus dalam tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2022 04:51 PM | Show all posts
bajet kacak..
dia ni dengan fizi ali tu leh geng..
sama2 perasan hot digilai gegadis...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 06:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu masa netizens bekap dia ,kemain berderet keluar cerita dia.
Sekarang netizens dah mula bersuara meluat macam kau sorang hilang isteri baru la nak cakap bagi ruang.
Seligi kang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2022 08:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Ehhhh.. Dia yg dulu dok pom pang sana sini.. Skang tau lak rimas.. Kita org ni dah lama rimas dgn citer mcmni
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2022 09:06 PM | Show all posts
Eh dia ni dah kenapa nak acah hensem
LOL tampamham aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 12:20 AM From the mobile phone | Show all posts
X ensem pn dah gaya n perangai gini
Klo ensem cmne lah agknye

Mmg semua ade hikmah nye
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 06:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kau sendiri post video mengundang pastu bagi statement gini. Menda la kau ni Soeb
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2022 02:26 PM | Show all posts
sherry_zaida replied at 2-7-2022 06:28 AM
Kau sendiri post video mengundang pastu bagi statement gini. Menda la kau ni Soeb




Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Acik porem lagi meluat wey.
Ko buat percubaan nak masukkan anak2 ko ke sekolah elite kan? Ramai gak femli jenis geng Addy Kanda ni nak buat percubaan dirty money can buy anything gamaknya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-1-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.051040 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list