Sumber IG
Sudah menjadi lumrah bagi mana-mana individu punya keinginan untuk menamatkan zaman bujang bersama insan dicintai seterusnya memiliki anak-anak yang menjadi penyeri pada rumah tangga.
Bagaimanapun, ada sesetengah yang mungkin terpaksa menyimpan hasrat tersebut kerana belum bertemu dengan calon yang sesuai atau pun terlebih dahulu ingin fokus pada kerjaya serta membahagiakan orang tua.
Penyanyi, Khai Bahar, dalam satu temu bual bersama mStar mengakui turut menyimpan hasrat untuk berkahwin apatah lagi apabila melihat ramai rakan-rakan seangkatannya yang sudah berkeluarga dan menimang cahaya mata.
Bagaimanapun, kata jejaka berusia 28 tahun itu, dia ingin memberikan sepenuhnya tumpuan pada bidang seni terlebih dahulu.
"Sejujurnya, keinginan itu ada tau apabila melihat sahabat-sahabat saya sudah berumah tangga dan ada juga yang sudah mempunyai anak. Jadi, saya yang sudah berusia 28 tahun ini masih single lagi dan belum terfikir untuk mendirikan rumah tangga.
"Setakat ini, saya masih lagi fokus dalam kerja saya... karier saya," kata penyanyi yang popular dengan lagu Luluh itu.
Dalam temu bual itu, Khai juga mengulas mengenai segelintir peminat yang gemar menjodoh-jodohkannya dengan mana-mana rakan gandingannya.
Kata Khai, sebelum ini ada peminat yang terlalu mengikut emosi hingga memarahinya kerana hubungan cinta seperti yang diharapkan itu tidak menjadi kenyataan.
"Saya nak pesan, jangan la cipta isu bercinta dengan pasangan duet itu. Yang mana kenenkan kalau boleh tolong jangan teruskan.
"Mungkin kalau saya kahwin benda ni tamat tapi tak tahu bila nak kahwin," katanya. -CARI
|