Keterangan Lufya Omar berhubung dakwaannya dicederakan dengan kayu oleh seorang lelaki dalam cubaan menculik anaknya di sebuah taman permainan di Kota Damansara, Petaling Jaya akan dirakam esok.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
Kredit foto: IG
"Saya sahkan dia (Lufya) akan hadir pada jam 11 pagi esok (Jumaat).
"Keterangannya akan diambil oleh pegawai penyiasat dari Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Tambahnya, tindakan lanjut akan dijalankan selepas keterangan lengkap diperoleh.
Terdahulu, pelakoni tu dilaporkan hadir membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara pada jam 6.59 pagi, Rabu.
Kredit foto: Harian Metro
Kredit foto: mStar
Lufya pada Selasa membuat pendedahan menerusi Instagram bahawa dia dipukul di bahagian kepala dan badan dengan kayu seorang lelaki berbadan besar dalam cubaan menculik anaknya, Laana Haura, 5. - CARI |