CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1117|Reply: 2

Sam Bunkface Baik Dengan Bekas Isteri, Bergilir Jaga Anak

[Copy link]
Post time 30-6-2022 04:09 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Bunkface, Sam masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Aida Azira Hussin demi menjaga dan memastikan anak mereka iaitu Maleeq, 6, sentiasa berada dalam keadaan baik.


Sam, 35, atau nama sebenarnya Shamsul Anuar Mohd Baharom berkata, setakat ini dia berjumpa dan menjaga anaknya itu secara bergilir-gilir dengan bekas isteri.


Foto: IG



"Saya jumpa (Maleeq) selang seminggu dengan bekas isteri. Seminggu saya jaga, seminggu dia jaga. Dia sekolah pun dekat Shah Alam dan itu tengah-tengah di antara kami, jadi kami bergilir jaga dia.


"Setakat ini tiada masalah, dia pun gembira. Dia faham ada ibu tiri dan dia pun panggil ibu tirinya 'mummy'. Dia sayang adik tiri dia juga, semuanya baik alhamdulillah," katanya ketika ditemui selepas sidang media konsert Bunkface! 15 Years of Korang di Zepp Kuala Lumpur, di sini.




  



Menurut Sam, dia sedar perceraian itu boleh memberi kesan kepada anaknya, jadi dia dan bekas isteri perlu saling memainkan peranan sepatutnya dalam membesarkan anak mereka itu.


"Dalam hal ini tak boleh pentingkan diri sendiri. Perceraian itu akan beri kesan kepada anak. Jadi kena fahamkan anak, bagi dia gembira, tenang, hantar sekolah, beri nafkah dan sebagainya perlu cukup. Setakat ini semua itu tiada masalah, Allah cukupkan.


"enting untuk  jumpa selang seminggu itu supaya dapat seimbangkan waktunya bersama saya dan mak dia. Dia pun ada orang lain dalam keluarga, dia ada saudara mara, datuk dan nenek lagi jadi memang setakat ini tiada masalah," katanya.




  



  



Sam berkahwin dengan Aida Azira Hussin yang juga penerbit rancangan pada 25 April 2015, namun bercerai pada penghujung Januari 2019.


  



Selepas hampir dua tahun berpisah, Sam kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Puteri Eifa Ezrin Mohd Kushairi pada penghujung 2020. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Idris yang kini berusia 11 bulan. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Org putih sgt anak dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 09:04 PM | Show all posts
l g b t boleh pergi mampos!!!!!!

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.127551 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list