CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1354|Reply: 3

Tular Rakaman CCTV Wanita Jerit Minta Tolong, Dua Lelaki Ada Dalam Rumah

[Copy link]
Post time 29-6-2022 11:28 PM | Show all posts |Read mode


Satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kejadian jenayah yang berlaku di sebuah rumah tular di media sosial hingga menarik perhatian ramai yang prihatin dengan insiden tersebut.



Video berdurasi kira-kira seminit 27 saat itu dikongsikan menerusi aplikasi TikTok semalam sebelum ia tular menerusi platform lain dan mulai hangat diperkatakan.



"Ada info? Dengar-dengarnya kes samun dan rogol di Bayu, Klang," tulis individu yang memuat naik rakaman itu ke TikTok.






Berdasarkan video itu, jelas kedengaran suara seorang wanita menjerit memohon agar tidak diapa-apakan serta menangis teresak-esak sepanjang rakaman tersebut.



CCTV yang dipasang bertentangan dengan dapur dan pintu masuk turut memaparkan kelibat dua lelaki sedang mundar-mandir dengan salah seorang daripada mereka memegang objek panjang.



Netizen juga terlihat seperti ada seseorang yang sedang mengintai dari luar rumah dan ada yang beranggapan individu berkenaan mungkin rakan subahat dua suspek di dalam rumah tersebut.






Walaupun identiti mangsa tidak dirakam CCTV, jeritan suaranya dapat disimpulkan dia sedang dalam ketakutan.



Segelintir netizen berkata, video tersebut menyebabkan emosi mereka 'terganggu' serta menimbulkan ketakutan.


Menjengah di ruangan komen, ada beberapa individu mendakwa tinggal di kawasan sama turut berkongsi cerita mengenai tempat tinggal mereka yang disifatkan sebagai lokasi panas penjenayah.


Malahan, ada segelintir yang mengaitkan kejadian itu ada kaitan dengan aktiviti perjudian di kawasan tersebut. - CARI





















Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2022 12:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Kwsn ni geng2 sabah sarawak indon byk dduk situ..mula2 dtg kje kilang.dh dduk cn buat prgai..curi moto pecah rumah org xpyh ckp la.kt situ polis mmg slalu meronda.dorg pon bkn bodoh sgt.bila time polis rajin bt ronda dorg stop.bila polis dh xpusing dorg bt blik.slalu kes gaduh.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Seramnya [em:9:]
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2022 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia2 sampah. Jauh lebih teruk dari pengemis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.052774 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list