View: 4874|Reply: 50
|
Terima Satu Dua Job Je Setahun, Ummi Nazeera Terlalu Eksklusif?
[Copy link]
|
|
Bakat lakonan Ummi Nazeera tidak dinafikan cukup mengagumkan setiap kali menjayakan sesuatu watak. Dia sentiasa memberi impak dalam pembawaannya dan terus diingati.
Bagaimanapun, Ummi atau nama sebenarnya Ummi Nazeera Nur Hidayah Zainal Abidin, 32, tidak kerap mengambil tawaran kebelakangan ini. Hakikatnya, dia hanya terbabit dalam satu atau dua projek dalam setahun.
Foto: IG
Sudah berlakon lebih 14 tahun, dia seperti meletakkan dirinya pada tahap eksklusif. Namun, Ummi menafikan dia meletakkan label itu sebaliknya berhemah apabila memilih sesebuah tawaran.
"Tak adalah, mana ada saya eksklusif. Tapi, ambil masa kalau saya nak terima sesebuah tawaran. Saya akan fikir panjang dan takkan senang-senang tandatangan kontrak.
"Kalau sudah terima pun, saya akan beri masa kepada diri sendiri dulu. Kalau sudah sah, bermesyuarat, kemudian saya tengok corak kerja mereka. Kadang-kadang mereka tunda selepas dapat kontrak.
"Disebabkan itu saya kena tengok betul-betul. Saya tak letak diri eksklusif, tapi cuba memilih tawaran yang saya takkan buat orang kecewa kerana tak semua karakter saya boleh bawa," katanya.
Sudah bergelar ibu dan bertudung, Ummi mengakui ada sesetengah karakter selalu tidak sesuai dengan penampilannya. Jadi, dia memilih kerana dia bukan seperti Ummi Nazeera dulu.
"Dulu lain, saya akan ambil tawaran yang lagi mencabar, lagi saya mahu. Sekarang saya kena ambil cabaran yang bermain emosi dalaman dan bukan fizikal.
"Dulu saya cabar diri untuk kedua-duanya, tapi sekarang ini susah sedikit kerana sudah bertudung. Untuk aspek fizikal, saya kena hadkan tawaran watak aksi.
"Kalau dapat karakter yang banyak aksi, saya fikir banyak kali sebab risau tak sesuai untuk saya. Takut nanti tudung tercabut sana sini," katanya.
Bagi Ummi juga, ada beberapa faktor yang menyebabkan dia perlu menolak tawaran. Selain sudah berkeluarga, dia juga berpendapat penting untuknya bersungguh membawakan sesuatu watak.
"Kalau karakter itu tak memberi impak apa-apa, baik tak payah buat. Walaupun untuk filem. Kalau saya rasa tak mampu, saya tak ambil. Saya tolak tawaran bukan saja disebabkan karakter, tapi faktor gaya hidup saya.
"Dulu pun saya memilih, sekarang saya lagi memilih. Kalau saya dapat tawaran yang menjauhkan saya daripada keluarga, pada masa sama tak bersungguh bawa karakter itu, lebih baik saya tak mengambilnya.
"Kelak, saya cuma akan mengecewakan penyokong saya kalau tak percaya pada karakter itu. Mungkin orang lain boleh bawa lebih bagus daripada saya," katanya.
Jarang mengambil tawaran juga bukan bermakna jadual aktiviti harian Ummi sentiasa lapang. Sebaliknya dia turut bekerja dalam perniagaan keluarganya jika tidak terbabit sebarang penggambaran.
"Sebenarnya keluarga saya memiliki perniagaan. Kalau saya tak buat penggambaran, saya akan masuk pejabat. Saya bekerja dengan keluarga," katanya.
Berkongsi mengenai corak pemilihan tawaran, bagi Ummi tawaran drama atau filem sama penting. Jadi, dia tidak perlu hadkan diri untuk tertumpu semata-mata terhadap drama ataupun filem saja.
"Drama saya boleh belajar perkara lain, filem punya belajar perkara lain. Filem terakhir saya adalah Gol dan Gincu 2 pada 2018. Memang lama sudah.
"Akan datang untuk filem, belum ada lagi. Sebenarnya saya banyak mendapat tawaran daripada Astro First, cuma saya memang tidak mampu memberikan komitmen terhadapnya," katanya.
Satu-satunya tawaran diterima Ummi untuk tahun ini adalah drama Risik Pada Hati arahan Pali Yahya. Drama slot Akasia TV3, bermula kelmarin jam 7 malam itu turut dibintangi Alif Satar, Zara Zya dan Izzue Islam.-CARI
Sumber: Harian Metro
|
|
|
|
|
|
|
|
Takda offer pun ko tetap berketurunan duit tak habis makan....so please.....
|
|
|
|
|
|
|
|
x minat sgt dia..tp citer dia blakon ngn jalil hamid yg accident kt luar negeri meninggal tu aku suka.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan perangdina tadi... Hat gambo mula2 tu |
|
|
|
|
|
|
|
Anak orka, duit kepuk. Berlakon pun sebab suka2.. X gitewww |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni x berlakon pun duit x habis pakai 7 keturunan..so chill2 jahhh che nin oii.. |
|
|
|
|
|
|
|
Abg dia lg exclusive |
|
|
|
|
|
|
|
masa dia berlakon Nur Kasih gerammmm je dgan dia |
|
|
|
|
|
|
|
Family kaya, suami pun kerjaya bagus. Dia berlakon utk kepuasan diri. Walaupun jarang2 berlakon tp lakonan mantap jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 29-6-2022 12:58 PM
masa dia berlakon Nur Kasih gerammmm je dgan dia
Masa nur kasih dia tak lawa lg. Berkilat lg |
|
|
|
|
|
|
|
Biar la dia...dia bukan la eksclusive ke hape..dah dia kaya kahwin dgn org kaya...so takde ape2 tanggungan byk mcm tok ti...so dia berlakon pun ikut dia la..setahun sekali ke hape.. |
|
|
|
|
|
|
|
dah dari keluarga kaya, suami pun kerja elok, duduk rumah jadi taitai jelah, nak kemana2 ada driver bawakan
tapi selalu nampak kakak dia along feminin tu ada benda tak puas hati, taktau kenapa, mcm ckp ayah dorang ni teraniya gitulah |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ayah dia teraniaya sis, arwah ayah dia aniaya mak dia (Datuk Maziah Musa) bersabit dokumen palsu, nikah palsu, dll, sebab arwah ayah dia ada kes mahkamah gitu lah... so theyols adik beradik ni defend mak diorang... tapi meols pun confused yang abang-kak dia ni kekadang side belah siapa, kadang belah mak, kadang tetiba cerita sedih belah ayah..sama confused ngan dia.. hihi
|
|
|
|
|
|
|
|
Ummi ni bukan dua beradik je ke.
Dia dengan abang dia.
Celah mana datang kakak pulak uolls.
|
|
|
|
|
|
|
|
GegarVaganja replied at 29-6-2022 04:54 PM
Ummi ni bukan dua beradik je ke.
Dia dengan abang dia.
Celah mana datang kakak pulak uolls.
ada, kakak mak lain |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 29-6-2022 04:45 PM
bukan ayah dia teraniaya sis, arwah ayah dia aniaya mak dia (Datuk Maziah Musa) bersabit dokumen p ...
tulah baca kat sini mak ummi yg teraniaya kan, taktau lah tgk kadang2 adalah along ni tulis mcm nak pertahan hak ayah dorang, iols pun taktau dan segan nak tanya detail |
|
|
|
|
|
|
|
hotmak replied at 29-6-2022 01:27 PM
dah dari keluarga kaya, suami pun kerja elok, duduk rumah jadi taitai jelah, nak kemana2 ada driver ...
Ye la hidup dia mmg selesa tu. Nk kerja tak kerja tu bkn masalah dia. mungkin dh ada income dr sumber lain. Suami pun doktor bkn dlm industry hiburan yg nk risau laku tak laku. Mmg classy je la hidup dia. |
|
|
|
|
|
|
|
xklusif ke tkde org yg heran nak nengok ko? |
|
|
|
|
|
|
|
Best cte baru yg dia berlakon dgn alep tu tp xlayan sgt sbb jarang tgk tv..tgk kat tiktok je kalau lalu |
|
|
|
|
|
|
| |
|