CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3222|Reply: 27

Demi Cinta Monyet

[Copy link]
Post time 23-9-2010 08:51 AM | Show all posts |Read mode
GEORGETOWN: “Ini pertama kali saya tengok gambar dua budak lelaki ini. Jika dapat dua budak ini, saya kenakan depa cukup-cukup, hidup anak saya musnah kerana mereka,” kata Che Noriah Che Hat, 48, ibu kepada Suhaily Abdul Razak, 14, yang menghilangkan diri bersama rakannya, pasangan kembar berusia 14 tahun, Nurulain Kamarazmi dan Nurulashiqin sejak Aidilfitri kedua lalu.
Che Noriah dan Harlizah Damah, 44, ibu kepada pasangan kembar berkenaan mulanya tidak bercadang pergi melihat anak mereka yang hilang sejak 18 September lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan hanya mahu menunggu polis membawa mereka pulang ke Kampar, Perak.


Bagaimanapun, naluri keibuan membuatkan mereka mengambil keputusan menemui anak mereka, lewat malam kelmarin di HPP.


Dua wanita itu bertolak dari Kampar kira-kira jam 7.30 malam kelmarin sebelum tiba di HPP kira-kira jam 10.30 malam dan selepas meluangkan masa bersama anak masing-masing, wanita berkenaan yang ditemani Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, kira-kira jam 12 tengah malam.


Harian Metro difahamkan, dua wanita itu diambil keterangan bagi membantu siasatan kes terbabit dan akibat keletihan, mereka lebih banyak berdiam diri ketika ditemui di luar balai berkenaan.


Bagaimanapun, selepas mereka melihat gambar kekasih kepada Nurulashiqin dan Suhaily, mereka mulai berang dan menyumpah dua lelaki berusia 19 dan 20 tahun itu.


Harlizah berkata, mereka tidak mahu anak mereka menjalin sebarang hubungan dengan dua lelaki itu dan akan mempertimbangkan untuk bertemu keluarga dua lelaki berkenaan.


“Saya tidak akan membenarkan anak kembar saya menjalin hubungan dengan lelaki yang menghancurkan hidup mereka, apatah lagi membenarkan mereka mengikat tali perkahwinan dengan mereka.


“Kini, saya hanya berharap anak saya sedar dengan kesilapannya dan balik ke pangkal jalan, kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” katanya.


Menurutnya, dia dan keluarga juga bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap dua lelaki itu dan kini menunggu hingga siasatan polis selesai.


Tiga remaja perempuan itu yang dilaporkan hilang selepas beraya di rumah rakan pada Aidilfitri kedua lalu ditemui polis di sebuah rumah pangsa di Taman Green Garden, Paya Terubong, di sini, kelmarin.

Nurulashiqin dan kembarnya, Nurulain serta Suhaily ditemui di rumah itu bersama dua lelaki terbabit.


Tiga remaja perempuan yang masih bawah umur itu kini menjalani pemeriksaan lanjut di HPP, manakala dua remaja lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut termasuk berkaitan kesalahan merogol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 08:55 AM | Show all posts
kasi potong ja...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:57 AM | Show all posts
brpa byk thread mau bukak daaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:57 AM | Show all posts
kan kew dah ada benang ni, sambung je la kat situ
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:58 AM | Show all posts
cam dh penah bace je
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 08:58 AM | Show all posts
hidup anak akak musnah ke sengaja dimusnakahkan  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2010 08:59 AM | Show all posts
thread ke 4 ploh....tp nak komen jugak..


anak orang jugak yg salah???....anak sendiri terainaya???
sebenarnya 2x5 je ........
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:00 AM | Show all posts
mak budak ni nk salahkan laki tu je..anak sndri yg gatal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 09:01 AM | Show all posts
cam dh penah bace je
kenarikelabu Post at 23-9-2010 08:58



    baru semalam punya berita kaka...;)
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:03 AM | Show all posts
anak makcik yg gatai fefet..klu idak xkan sanggup g tempat jantan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:05 AM | Show all posts
sila salahkan anak sndiri sblm salahkan org lain
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:07 AM | Show all posts
dah ada len kali jgn teruja sgt nk buka tred
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:07 AM | Show all posts
mak budak ni nk salahkan laki tu je..anak sndri yg gatal..
maleo Post at 23-9-2010 09:00


betul tu
jangan palitkan kesalahan pada org lain
anak yang dah remaja tu tak tahu nak jaga
kesudahannya jadi begitu...
Bertepuk sebelah tangan takkan menjadi. Hendaknya sekarang ni budaya sosial makin menjadik-jadik
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:13 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:13 AM | Show all posts
makcik2 ni kan.... anak2 dara <dara lagi ker???> tu baik sangat ke???

taboh dulu anak sendiri
pastu baru le taboh anak orang

tak habis3 nak salah kan orang
sedangkan sendiri tak betul

anak2 depa yg gatal puk* merenyam gatal
lagi mau salahkan jantan

bengap!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:13 AM | Show all posts
jgn salah kan org lain...
salah kan jugak bebudak tu......
yg mengatal ikut lelaki tu pasal apa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2010 09:16 AM | Show all posts
"Kini, saya hanya berharap anak saya sedar dengan kesilapannya dan balik ke pangkal jalan, kami akan memberi sokongan penuh kepada mereka untuk kembali ke pangkuan keluarga seperti sedia kala,” katanya.

dia mengaku jugak anak dia buat silap
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:52 AM | Show all posts
dah ada len kali jgn teruja sgt nk buka tred
cak! Post at 23-9-2010 09:07


tu lah pasal, dah ada dah thread nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 09:55 AM | Show all posts
brpa byk thread mau bukak daaa
jonlabu Post at 23-9-2010 08:57



    isu semasa maaa
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2010 10:08 AM | Show all posts
anak makcik yang melarikan diri ke
mereka dilarikan? sudah2 la tu...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068091 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list