CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Kemalangan Ngeri- Lima Maut Termasuk Bayi, Kereta Bertembung Dengan Lori Treler

  [Copy link]
Post time 28-6-2022 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebarangkalian tu ada.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Lima sekeluarga termasuk bayi maut kereta bertembung lori

KUANTAN: Lima sekeluarga maut dalam kemalangan ngeri selepas kereta dinaiki mereka  bertembung dengan sebuah treler berhampiran stesen minyak Five, Jalan Kuantan-Segamat, dekat Kampung Pulau Manis di sini, hari ini.

Kesemua mangsa termasuk tiga kanak-kanak berusia tujuh tahun, enam tahun dan seorang bayi yang menaiki kereta jenis Toyota Corolla itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat dirempuh treler jenis Nissan.

Mangsa yang meninggal dunia ialah pasangan suami isteri, Muhammad Rosli Ibrahim, 33, dan Nor Afiqah Abdullah Sani, 35, serta tiga anak mereka, Nur Safwa Irdina, 7, Nur Sofea Raida, 6, serta bayi yang belum diperoleh maklumatnya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, pasukan menyelamat menerima laporan kejadian pukul 3.40 petang.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta terbabit yang datang dari arah Muadzam Shah memasuki laluan treler yang berada di laluan bertentangan.

“Bagaimanapun pemandu lori itu cuba mengelak ke kiri jalan, namun kerana jarak terlalu dekat telah melanggar di bahagian hadapan kereta terbabit.

“Berdasarkan dokumen pengenalan diri ditemukan, semua mangsa berasal dari Simpang Empat, Semanggol, Perak. Pemandu dan kelindan treler yang terbabit dalam kejadian itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Mohd. Zahari berkata, akibat kemalangan itu, pemandu dan semua penumpang kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ekoran kecuaian pemandu kereta yang tiba-tiba masuk ke laluan bertentangan sehingga mengakibatkan kemalangan berlaku.

“Keadaan kedua-dua kenderaan remuk di bahagian hadapan yang mana kereta terbabit remuk di keseluruhan bahagian. Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – UTUSAN
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kereta ke motor ke tak payah lah nak berlawan dgn lori.. kompom kalah..Kene lenyek habis..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Kengkadang badan penat tetapi paksa diri utk terusan memandu.
Salam takziah buat mereka sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
‎إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  

‎‏Salam takziah. Moga roh mereka anak beranak dicucuri rahmat Nya. Dapatkan lah rehat yang cukup sebelum memandu sis, drive safe.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 09:55 PM | Show all posts
Innalillahi...

Allah lebih menyayangi, amik semua sekaligus.

Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..semoga semua sekeluarga ke syurga hendaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by suterabiru123 at 29-6-2022 10:25 AM

Kakak si arwah lelaki satu opis ngan suami iols..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:32 PM | Show all posts
Siannya tapi syukur semua pergi, at least tak da sapa kesedihan melampau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun...
semoga mereka semua ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.
bagus pergi sekaligus camni, kalau tak pnjg plak ceritanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah.
Sape2 mengantuk, bawak2 la tidur. Pastikan tingkap tu bukak
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:59 PM | Show all posts
kalau rasa mengantuk, better stop kejap n tido…  nak2 pulak kalau bawa anak2 kecik ni…  dulu aku suka paksa diri drive nonstop (hanya stop kalau tak tahan nak buang air)… tapi bila dah ada anak ni, umur pun dah meningkat, memang stop aje kalau rasa penat…  tido sat sambil pesan kat anak sulung tolong kejut kalau alarm berbunyi…  set la 15 minit ke setengab jam ke…  bahaya microsleep ni…
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Pungut hasil tanah di Kuantan - Abang
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Padang Rengas: Lima beranak yang maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan treler berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, petang tadi dikatakan berkunjung ke Kuantan untuk urusan berkaitan pungutan hasil tanah.

Ramlan Ibrahim, 37, berkata memang menjadi kebiasaan adiknya, Muhammad Rosli Ibrahim, 33, untuk membawa isteri dan anak mereka setiap tahun ke Pahang bagi urusan pungutan hasil berkaitan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

"Setakat apa yang saya tahu, bapa mentua adik saya mempunyai pegangan berkaitan Felda. Mereka ke Pahang bagi memungut hasil itu memandangkan isterinya, Nor Afikah Abdullah Sani, 35, merupakan generasi kedua Felda.

"Memang setiap tahun arwah akan bawa keluarganya ke Pahang untuk ambil duit hasil berkenaan. Jika mereka terus bercuti di sana, itu di luar pengetahuan saya. Selalunya paling lama pun mereka berada di Pahang hanya selama dua hari," katanya ketika ditemui di Kampung Labu Kubong, Lubok Merbau, di sini, hari ini.

Untuk rekod, selain Muhammad Rosli dan Nor Afikah, turut maut dalam nahas itu ketiga-tiga anak mereka Nur Safwa Irdina Muhammad Rosli, 7, Nur Sofea Rajda Muhammad Rosli, 6 dan bayi lelaki mereka, Muhammad Rizqi yang berusia setahun enam bulan.

Bercerita lanjut, Ramlan berkata Muhammad Rosli sempat memuat naik status di WhatsApp kira-kira jam 11.30 malam tadi bahawa mereka lima beranak sedang dalam perjalanan dari kediaman mereka di Bagan Serai menuju Kuantan.

Katanya, arwah adiknya yang merupakan anak ke-10 dari 13 beradik bekerja sebagai pemandu bas ekspres yang berpangkalan di Parit Buntar manakala Nor Afikah merupakan pembantu tadbir penjawat awam yang bertugas di Bagan Serai.

Katanya, maklumat awal mengenai nahas itu diterima melalui rakan yang mengetahuinya menerusi kumpulan WhatsApp berkaitan automobil.

"Mulanya dimaklumkan hanya Muhammad Rosli yang maut tetapi khabar seterusnya, saya diberitahu kesemua lima beranak itu maut dalam nahas terbabit," katanya.

Ramlan berkata, semua mayat masih dalam proses pengecaman di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan oleh kakaknya yang menetap di Johor dengan lima beranak itu dijangka akan dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Labu Kubong, di sini.

"Hasil perbincangan dengan waris keluarga adik ipar (Nor Afikah), mereka bersetuju agar kelima-lima beranak itu dikebumikan di sini dalam satu liang selepas semua proses pengurusan jenazah di Kuantan selesai yang dijangkakan paling awal adalah esok.

"Keadaan (emosi) emak tidak stabil sekarang kerana terlalu sedih memandangkan arwah Muhammad Rosli adalah anak kesayangannya kerana arwah selalu menziarahinya," katanya.

Sementara itu, pemerhatian wartawan mendapati perkarangan rumah ibu kepada Muhammad Rosli mula dipenuhi waris dan ahli keluarga sejak jam 9 malam tadi.

Disiarkan pada: Jun 28, 2022 @ 11:29pm
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sedih dgn berita ni, tapi Meols lega jua sbb semua pergi serentak. Tak dpt bayangkan kalau ada anak2 nye yg selamat, tapi ibu ayah dah takde
Tapi bayangkan lah rumah mereka... Tiba2 senyap, gelap, brg2 semua tinggal dlm tu Semua meninggal.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2022 01:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk lar nih masuk lorong bertentangan
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 05:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tengok rakaaman dashcam di fb
Mmg nMpak la ketr tu masuk laluan treler...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 07:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah....
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2022 07:15 AM | Show all posts
Innalillahiwainnalillahirojiun
takziah untuk semua ahli keluarga.

Sedihnya...satu keluarga meninggal...kenapalah setiap bulan mesti dengar berita kematina mcm ni...kdg2 rindu pkp sb x dgr berita kemalangan dan jenayah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 01:04 PM GMT+8 , Processed in 1.041991 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list