CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3230|Reply: 42

[Tempatan] Tak mampu ke hospital swasta,pesakit Terpaksa Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor ini kata hanya 5 kakitangan sahaja yang ada

  [Copy link]
Post time 27-6-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 27-6-2022 11:49 PM



Seperti yang kita tahu, adakalanya Hospital penuh dengan pesakit sehinggakan doktor dan jururawat yang lain tidak lepas tangan apatah lagi jika kekurangan staff sehingga ada yang perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor.

Seperti ciapan yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna yang dikenali sebagai Shazwan Sazali yang merupakan seorang doktor telah mendedahkan situasi sebenar di sebuah hospital.

Menerusi hantaran tersebut, Shazwan telah menceritakan keadaan terkini di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.

Difahamkan, kebelakangan ini mereka menerima lonjakan jumlah pesakit di hospital berkenaan sehingga pesakit terpaksa menunggu selama 12 jam untuk dirawat.

Jelasnya, hanya 5 orang staf yang dibenarkan menerima penempatan di hospital berkenaan bagi menjaga keseluruhan tingkat untuk 3 shift satu hari.

Tidak berpuas hati, dia turut bertanyakan kepada pakar perunding jabatan tentang mengapa hanya 5 orang staf yang ditempatkan di hospital berkenaan.

Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.

Disebabkan kekurangan staf, waktu menunggu boleh mencecah 12 jam namun pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar batas kemampuan mereka.

“Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya KKM Putrajaya tahu akan hakikat ini.”

Meninjau di ruangan komen, ada juga dikalangan warga netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dimana perlu menunggu berbelas jam untuk berjumpa dengan doktor.

Sumber Shazwan Sazali twitter


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 01:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Salah Dap lagi
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts
7 jam tu yang tak menahan tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cap_ayam at 28-6-2022 03:58 AM

Nanti ada yang bagitau rakyat malaysia tak bersyukur.. bayar singgit request macam2

Pastu nanti ada yang kata kita utamakan red zone sebab diorang kritikal..
Katanya rakyat malaysia tak paham konsep triage..

Zon hijau kalau tunggu 12 jam pun.. lama2 orang tu boleh bertukar jadi hulk.. automatik boleh masuk zon merah huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Uish 12jam...
Gila lah..
Iols tunggu kat serdang 5 jam pung dah surrender..laki iols soh gi swasta je..
Sejak tu..gi swasta jelah..
Mujur anak2 dah habis follow up kat spital semua....isk2....
Bertabahlah kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 06:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada tu demam pun pi emergency..Mana lah nk terlayan. Tapi kat kawasan kecik lepas jam 9 malam sakit apa terus
beratur kat emergency, dah klinik tu je yang bukak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 06:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Hospital patutnya utk kes2 kecemasan.. Last resort kalau klinik kesihatan atau klinik2 lain dah usaha cuba rawat tapi xde ubat.. Ni kadang2 demam sikit terus gi kecemasan atas alasan itu paling dekat.. X pun xnk tunggu esok hari gi klinik kesihatan dlu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 07:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Me pernah juga pi kecemasan. Kat kaunter depan tu MA tu kata better pi klinik kesihatan. Kat sini kang kena tunggu 3 ke 4 jam. Tp sbb meols dah pun pegi kk, tp tak baik2 dan doc kk pesan suh gi spital kalau rasa tak ok. Meols kuatkan tekad utk tunggu je la 3, 4 jam pun asalkan dpt jumpa doc. Eh alih2 tak sampai sejam pun uolsss, tak ramai pun orang dalam tu.. Adoiii.. Rezeki betul laaa.. Asbab tu, terus dpt warded bagai sampai selesai operation. Huhuhu.. Kenangan semua tu.

Kalau demam biasa dan ada duit better pi swasta je. Neb anak ke pi je swasta. Dapatkan 1st treatment dulu, kot doc swasta tgk tk ok mesti diorg bg referral letter kan. Laju sket que kalau ada surat2 ni. Ni secebis pengalaman sis la ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 07:11 AM | Show all posts
fahamilah apa itu peranan jabatan kecemasan dan kemalangan...yang demam tu pergilah ke klinik kesihatan..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:12 AM | Show all posts
biasele letu.. aku yg ada kebel kat ED pun kena tgu 6 jam baru siap... adik aku doktor yg hendel tu pun x leh nk skip2 patient.. customer ramai kot! n bermacam2 peel!
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:23 AM | Show all posts
swasta pun 2 jam kena sidai sis

skrg ramai gila org sakit demam batuk selsema etc.

pandai2 la jaga diri
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:49 AM | Show all posts
kalau boleh rawat sendiri rawat je kat rumah
contohnya tanam pokok ganja
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
pyropura replied at 28-6-2022 01:10 AM
Salah Dap lagi

....dgn tanglungnya...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Realitinya hospital understaffed & budget pun kurang. Katil kurang, staff kurang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:14 AM | Show all posts
zh86 replied at 28-6-2022 11:07 AM
Realitinya hospital understaffed & budget pun kurang. Katil kurang, staff kurang.

Ke manakah pergi budget karajaan malaysia...

akak rasa sekarang ini sudah tiba masanya untuk kenakan charge rm10 setiap..
kerana charge rm1 itu telah menjadi amalan kuno
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:30 AM | Show all posts
mmg understaff pon gov hospital. patut mmg pon naikkan charge gov hospital utk kumpul dana upgrade facilities, better working environment baru la ada org happy kerja + org nak kerja. RM1 tu dah tak revelent lain la kalau budget kerajaan berbillion2 setahun utk hospital
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 11:58 AM | Show all posts
x setuju naikkan harga dari RM1.zaman skang even 5 sen tu sangat berharga ya. tak semua org senang tak kira duk bandar atau pendalaman.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 11:58 AM | Show all posts
nyawa skrg semua perlukan duit
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
zasrfikri replied at 28-6-2022 11:58 AM
x setuju naikkan harga dari RM1.zaman skang even 5 sen tu sangat berharga ya. tak semua org senang  ...

Smpi abg jamil mmpus pon ko tk setuju
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 12:19 PM | Show all posts
Masaalahnya sekarang bukan semua orang mampu utk je hospital swasta.  Sesetengah kawasan tu klinik swasta biasa pun pukul 6.30 petang semua pakat tutup bukak pun lewat pukul 9.30 pagi baru ada doktor.  Mungkin sebab ada orang nak dapatkan mc menyebabkan makin banyak klinik swasta ubah waktu operasinya.  Tapi ini menyusahkan mereka yang benar2 nak dapatkan rawatan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:22 PM GMT+8 , Processed in 0.169927 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list