CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 717|Reply: 1

Tiada Masa Nak Buat Comeback- Lan Pet Pet Nak Cari Duit, Dah Tak Hairan Dunia Glamor

[Copy link]
Post time 27-6-2022 04:03 PM | Show all posts |Read mode


Pelawak dan pelakon, Lan Pet Pet adalah salah seorang anggota kumpulan Senario yang mempunyai peminat tersendiri. Pun begitu, sudah lama dia tidak muncul dalam mana-mana program televisyen.



Tatkala rakan-rakan sekumpulannya bersatu kembali untuk menjayakan telefilem Jaga-Jaga Senari Reunion yang ditayangkan menerusi Astro First, Lan pula sibuk mengusahakan beberapa projek hartanah bersama sahabatnya, Datuk Dr Rosdi.



Lan Pet Pet dan isteri.


Memetik laporan mStar, kesibukan dengan perniagaan itu menyebabkan Lan terpaksa menolak beberapa tawaran menjayakan projek bersama Senario.



Dia juga menepis dakwaan yang kononnya Lan tidak menyertai projek berkenaan kerana timbulnya perselisihan faham.



"erkembangan terbaharu, kalau saya beritahu kepada semua orang takut kata saya ego kerana sekarang lebih tertumpu pada usahawan.








"Dia banyak memberikan tunjuk ajar dan saya sedang mengikuti acuannya untuk membantu orang ramai supaya berjaya dalam bidang perniagaan.



"Sekarang ini bukan masa untuk glamor, ini merupakan masa yang tepat untuk kita lahirkan usawahan baharu yang berjaya.



"Saya ada beritahu mereka yang masa saya tidak mengizinkan saat ini sebab saya banyak ikut Datuk turun padang untuk urusan hartanah. Sejujurnya, saya tidak ada masalah dengan Senario dan kami masih lagi berkawan," katanya kepada mStar.-CARI








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-7-2022 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Usawahan, usawahan.
Ni dah thread ke berapa Ganja tak tau.
Asek la guna perkataan usawahan.
Usawahan tu benda apa syibal.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.068600 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list