CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1068|Reply: 11

"Tolong, Anak Saya Perlukan Ganja" -Ibu Gigih Minta Ganja Dihalalkan

[Copy link]
Post time 27-6-2022 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Perjuangan seorang ibu 'menghalalkan' ganja perubatan demi anaknya yang sakit meraih perhatian netizen di Indonesia.


Tindakannya itu mendapat sokongan netizen gara-gara membawa sekeping kertas dengan tuntutan penuh emosi ke Mahkamah Perlembagaan pada Ahad.


"Tolong anak saya perlukan ganja perubatan," tulis wanita itu di atas sekeping kertas bersaiz besar.


Foto: Agensi




Dia hadir ke lokasi itu sambil membawa anaknya yang diletakkan di atas kerosi roda.


Perjuangan wanita ini turut mendapat perhatian Dwi Pertiwi yang juga ibu kepada Allahyarham Musa, seorang kanak-kanak yang telah meninggal dunia pada usia 16 tahun pada Disember 2020 selepas bertarung dengan cerebral palsy.


Menurut Dwi, wanita dalam foto tular itu dikenali sebagai Santi dan dia sedang berjuang agar ganja perubatan dibenarkan untuk merawat anaknya.


Dia mempunyai anak tunggal, Pika, yang juga sedang melawan cerebral palsy dan mengalami sawan sekurang-kurangnya dua kali seminggu.


Menurut Dwi, keadaan Pika juga berterusan menjadi lemah jika kerap diserang sawan.


"Seperti yang saya katakan banyak kali, sawan adalah ketakutan bagi semua ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap cerebral palsy.


"Dan pengalaman saya menunjukkan hanya ganja boleh menghentikan sawan tanpa sebarang kesan sampingan," kata Dwi sambil mengenangkan anaknya yang sudah meninggal dunia.


Sebagai ibu yang turut merasai keperitan perjuangan Santi, Dwi merasakan Pika berhak untuk sembuh dengan harapan Mahkamah Perlembagaan segera membenarkan ganja perubatan untuk rawatan.


“Santi berjuang supaya nasib anaknya tidak berakhir seperti anak saya yang perlu mati hanya kerana kita masih menunggu pengesahan daripada Mahkamah Perlembagaan Yang Berhormat,” jelasnya. -CARI


Sumber: mStar Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-6-2022 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila dah dihalalkan.....agak2 berapa harga ganja untuk sekilo. Disebabkan ganja bukan barangan harga kawalan.......dia punya harga bolih yo-yo.  
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 02:25 PM From the mobile phone | Show all posts
waduh..kok BUTUH??? Ngapain lue???
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Halal kan saja lah untuk medicinal use seperti adik ini... Mak nya sudah desperate...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Halalkan utk tujuan perubatan..tp amek kt tmpt2 yg dikawal la mcm hosp, klinik..cuma jgn duk seludup plak la staff klinik hosp tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 10:38 PM | Show all posts
kasi je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2022 07:07 AM | Show all posts
Klu untuk perubatan x boleh ke? Kan kerajaan yg kawal...Klu betul2 khasiat ganja bagus kerajaan patut jadikan ganja sebagai sebahagian alternatif perubatan dan dikawal ketat mcm pil tidur tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Shazid replied at 28-6-2022 07:07 AM
Klu untuk perubatan x boleh ke? Kan kerajaan yg kawal...Klu betul2 khasiat ganja bagus kerajaan patu ...

Kebanyakkan ubat pun mmg dadah juga tapi dikawal dan diberi ikut sukatan yg dibenarkan.
Mcm morfin tu kuat tu sampai boleh berhalusinasi kan tp bukan boleh diberi kat semua orang.
Sakit yg melampau mcm kanser yg dah teruk tu mmg diberikan morfin kan? Sbb iols penah baca kanser bila dah teruk tahap dah merebak sampai ke tulang, org sentuh badan pun dah rasa sakit sgt2. Nak alihkan badan pun terasa sakit yg amat melampau. Bayangkan nak tahan sakit selama 24jam emmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2022 08:18 AM | Show all posts
bagi jela anak dia...lagipon bukan sebab saja2 kesian
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 08:59 AM | Show all posts
Suchi replied at 28-6-2022 08:10 AM
Kebanyakkan ubat pun mmg dadah juga tapi dikawal dan diberi ikut sukatan yg dibenarkan.
Mcm morfin ...

Same goes dengan opioid. Dadah terkawal dalam perubatan. Penah bahu terkehel sakit gila. Sekali makan opioid, terus elok. Tapi lepas makan ubat tu, rasa lain macam. Kalau overdose, boleh mati kojol masa tu rasanya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:03 AM | Show all posts
..apahal untuk perubatan pun dihalang.. ini bukan pasal pentadbiran ni, ini barangakali isu miscomunication.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2022 09:14 AM | Show all posts
tukar nama lain yg lbh harmoni - mufti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-1-2025 12:52 PM GMT+8 , Processed in 0.051773 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list