CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 847|Reply: 3

Lembu Korban Terlepas Sondol Warga Emas Sampai Retak Tulang Belakang

[Copy link]
Post time 26-6-2022 07:03 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki warga emas retak tulang belakang selepas diserang seekor lembu di hadapan rumahnya di Bandar Menjalara, Kepong, di sini, pada Jumaat.


Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.15 pagi itu, mangsa berusia 81 tahun berdiri di hadapan pagar rumahnya untuk keluar.




Polis menerima laporan daripada Pengerusi Masjid Anas Bin Malik, mengenai seekor lembu yang ditambat di kawasan masjid itu terlepas. - Gambar/ Media sosial





"Ketika itu mangsa terlihat seekor lembu sedang berlari di taman berdekatan rumahnya. Namun, secara tiba-tiba lembu tersebut lari ke arah mangsa dan menanduk perutnya sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.


"Akibat kejadian itu, mangsa mengalami retak tulang belakang dan sakit pada bahagian belakang bahu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.


Eng Lai menambah, mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Desa Park City Medical Centre, di sini.


Beliau berkata, hasil semakan mendapati sebelum ini tular rakaman video berdurasi 3 minit 22 saat yang menunjukkan seekor lembu terlepas berhampiran Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) menghala Sungai Buloh, di sini.


"Video itu menyaksikan aksi seorang kelindan cuba untuk menambat lembut tersebut, namun disebabkan lembu itu bertindak agresif, ia terlepas dan lari menghala ke Sungai Buloh," katanya.


Menurutnya, polis kemudian menerima laporan daripada pengerusi Masjid Anas Bin Malik, Kampung Selayang Lama, di sini mengenai seekor lembu yang ditambat di kawasan masjid itu terlepas sewaktu proses mencucuk hidung lembu tersebut.


Eng Lai memberitahu, lembu tersebut disedekahkan orang awam untuk tujuan korban.


"Jadi kami percaya lembu yang terlepas lari ini adalah merupakan lembu yang menyebabkan kecederaan kepada mangsa," ujarnya.


Kes disiasat mengikut Seksyen 289 Kanun Keseksaan kerana kecuaian melepaskan haiwan sehingga mendatangkan ancaman bahaya kepada nyawa orang awam.




Sumber: AWANI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-6-2022 09:43 PM | Show all posts
naya pak karim
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 07:21 AM | Show all posts
Allahuakbar!! dah tuan retak tulang belakang..semoga cepat sembuh!
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2022 07:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Sudah sampai waktunya aktiviti korban ni dibuat di tempat khas. Masjid ni bukan tempat bela lembu dan tempat penyembelihan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.122188 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list