CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Politik] Tajuddin digugur ahli MKT UMNO

[Copy link]
Post time 24-6-2022 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Tajuddin digugur ahli MKT UMNO


Ahli Parlimen Pasir Salak , Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sumber dalaman UMNO mengesahkan pengguguran Tajuddin dan ia sudah dimaklumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu surat dikeluarkan pada Selasa lalu.

"Ya (digugurkan)," katanya tanpa mempericikan lebih lanjut ketika ditanya sebab dan alasan pengguguran Tajuddin.

Bagaimanapun, katanya, keputusan untuk menggugurkan mana-mana ahli MKT atau melantik ahli MKT baharu adalah di bawah kuasa presiden parti.

Tajuddin adalah Ahli MKT UMNO yang dilantik oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

Beliau tewas dalam merebut jawatan Naib Presiden UMNO pada Pemilihan UMNO 2018 lalu, sebelum dilantik ke beberapa jawatan dalam parti termasuk Pengarah Pilihan Raya UMNO.

Selain Tajuddin, turut dilantik Ahmad Zahid menganggotai ahli MKT termasuk Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad, Datuk Rosni Sohar, Datuk Yaakub Khan serta Datuk Arman Azha Abu Hanifah.

Setakat ini, usaha menghubungi Tajuddin bagi mendapatkan reaksi tak berhasil.

Terdahulu, media melaporkan Ahmad Zahid menerusi surat bertarikh 21 Jun lalu yang dikeluarkan Ahmad Maslan, menamatkan pelantikan Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO.

Ahmad Maslan bagaimanapun tidak menyatakan sebab Tajuddin dipecat dalam surat itu, selain berharap Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai duta besar.

Tajuddin sebelum ini sudah menerima watikah pelantikannya sebagai duta besar Malaysia ke Indonesia daripada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau turut dijadual akan ke Indonesia dalam tempoh terdekat termasuk bagi menghadiri majlis menerima lantikan duta luar negara daripada Presiden Indonesia, Joko Widodo.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... gugur-ahli-mkt-umno

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-10-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.078895 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list