CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3538|Reply: 32

[Tempatan] “Kenapa tak guna RM155 juta bina stesen bas Kota Bharu umpama kandang lembu itu?”

  [Copy link]
Post time 24-6-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 24-6-2022 10:34 AM

“Kenapa tak guna RM155 juta bina stesen bas Kota Bharu umpama kandang lembu itu?”
malaysiadateline.com
By NASUHA RAHMAN / June 24, 2022



Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji Howard Lee mempersoalkan peruntukan tambang percuma RM155 juta tidak digunakan contohnya untuk membina stesen bas di Kota Bharu bagi menggantikan yang sedia ada umpama kandang lembu.

Katanya, peruntukan ini adalah lebih lebih efisien digunakan untuk menyediakan dan baik pulih pengangkutan awam yang rosak yang akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat negara ini.

“RM155 juta boleh sahaja dilaburkan bagi menaik taraf perkhidmatan bas di kawasan luar bandar, sama ada untuk membekalkan kenderaan bas yang baharu atau menyediakan stesen atau hentian bas yang lengkap dan selesa.

“Sebagai contoh, kenapa tidak ia digunakan bagi membina stesen bas di Kota Baharu bagi menggantikan stesen bas sedia ada yang sebelum ini tular kerana seperti kandang lembu?” soal beliau.

Howard berkata, kerajaan juga sewajarnya menggunakan peruntukan tersebut untuk meningkatkan kemudahan akses pengangkutan awam kepada golongan OKU yang masih terhad.

“Tawaran tambang percuma sebulan dikhabarkan turut meliputi perkhidmatan KTM Komuter, tetapi realitinya kebanyakan stesen KTM Komuter tidak dilengkapi kemudahan seperti eskalator atau lif yang boleh membantu pergerakan golongan OKU bagi menggunakan pengangkutan tersebut.

“Bukankah RM155 juta itu lebih wajar digunakan bagi menyediakan eskalator dan lif di stesen KTM Komuter?

“Perhatian juga perlu diberikan kepada meningkatkan mutu pengangkutan awam di luar Lembah Klang yang terabai sejak sekian lama.

“Eskalator atau lif yang rosak boleh diperbaiki segera dengan peruntukan tersebut. Begitu juga stesen yang bocor atau hentian bas usang.

“Baik pulih dan naik taraf fasiliti ini akan memberi impak positif untuk jangka masa panjang berbanding sebulan tambang percuma yang bersifat jangka pendek dan tidak kekal,” kata beliau.

Justeru katanya, kerajaan perlu berhenti dari terus melaksanakan langkah populis sebegini yang bersifat sementara dan tidak memberi impak positif yang kekal.

“Tindakan sebegini hanya mengundangkan keberuntungan yang tidak ada faedahnya, bak kata peribahasa Melayu ayam menang, kampung tergadai,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2022 10:51 AM | Show all posts
Sokong apa dia cakap part oku tu, patutnya srmua bangunan, fasiliti, prasarana n apa saja project rakyat wajib oku friendly. Patutnya ada satu section yg active n berkesan berkaitan hal ehwal oku dlm sstu kementerian yg semua kementerian lain kena berhubung n perlu dptkan juga approval dr section ni utk semua project dorg terutama yg mempunyai kepentingan pd golongan oku. Kjaan msia buat project tak pikir panjang, tak tgk dr keseluruhan sudut. Apa nak jadi, org tua2 begaduh rebut kuasa, keja tak seberapa
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 11:49 AM | Show all posts
Politicians kat Malaysia ni kalau nak buat something mesti kena masukkan interest masing2. Sama jugak yg buat polisi. Ada aje yg nak menempel utk personal gain
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:07 PM | Show all posts
Edited by capiloton at 24-6-2022 12:12 PM

lobai pis dah guna bajet yang ada untuk beli vellfire
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2022 12:26 PM | Show all posts
Dalam pada itu pun ada warga KL yang banyak bunyi LRT3 tak cukup panjang, stesen MRT2 tak cukup cantik bla bla bla.



Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:48 AM | Show all posts
negeri lain pun ada stesen bas macam kandang lembu-TMBK
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-6-2022 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Beli mercedes dan naikkan gaji exco kerajaan negeri lebih penting dari buat stesen bas maaa…
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
155 juta tak cukup maa..masuk poket masing2 dah berapa juta sampai ke projek sebenar ai ai ai lari bajet plak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Sskjp umpama lembu dah beratur naik bas.. oo sadiss betul
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 02:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by glump at 25-6-2022 02:18 PM

Lrt ke mrt nie adalah benda yg tidak dinikmati penduduk luar jajaran . Kami membaca Dan mengatakan ini Tak adil..kami terpaksa menggunakan  kenderaan sendiri untuk atvt kami Dan kereta murah(kereta lama) Adalah pilihan  yg terpaksa kami adakan ..tiba2 mangkuk tingkat Mana mengeluarkan cadangan untuk mengurangkan kenderaan yg sesak di KL, kenderaan berusia lebih 10 tahun harus dihapuskan.adil ke?
Tak pasal2 kena beli triton athlete sebab jalan Tak rata .Tak pasal2
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
bagi kat pas ke? ibarat kau sumbat chocolate kat mulut guang eng.tengok dia nak luah ke nak telan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 03:52 PM | Show all posts
sungai kaler teh tarik kata anak jiran I....lols
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
gangerina replied at 25-6-2022 03:52 PM
sungai kaler teh tarik kata anak jiran I....lols

Anney, ana mau teh tarik wunnek!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
I pergi KB.. nak makan nasi kerabu femes.. skali jalan tu muat sebiji keta je lalu ok, kalo nak selisih, salah satu kena offroad

Dalam KB kau..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-6-2022 06:56 PM
Anney, ana mau teh tarik wunnek!

Air boring ke ni.. scary betul la kalo kena duduk kelate..
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 24-6-2022 11:49 AM
Politicians kat Malaysia ni kalau nak buat something mesti kena masukkan interest masing2. Sama juga ...

Kalo dia tak rembat, orang lain plak rembat
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-6-2022 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 25-6-2022 07:36 PM
I pergi KB.. nak makan nasi kerabu femes.. skali jalan tu muat sebiji keta je lalu ok, kalo nak seli ...

Klau gi KB mmg terkejut beghuk sbb ingatkan mcm bndar kuantan atau k.ganu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 25-6-2022 06:56 PM
Anney, ana mau teh tarik wunnek!

Ini benar ke dapat teh tarik free dari paip? camna nak buat basuh etc? Rumah2 MP2 di kelatan alami nasib yg sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 07:48 PM | Show all posts
aku ni walaupun berbinikan mek klate, tp aku xpenah tau mcm mane rupa terminal bas KB tu

sbb x pernah pulak naik bas balik sana
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2022 08:16 PM | Show all posts
raxief replied at 25-6-2022 07:48 PM
aku ni walaupun berbinikan mek klate, tp aku xpenah tau mcm mane rupa terminal bas KB tu

sbb x ...

esok raya haji balik pi tgk camna ropa dia & habaq kt kami

ntah2 depa dh buat stesen tuh tempat pengumpulan lembu2 utk korban satgihaaaaa


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.105587 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list