Sumber IG
Ingin mendalami serta menimba lebih banyak ilmu agama, usahawan, Asyraf Khalid telah berjumpa dengan tokoh agama, Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid di Yayasan Ar-Ri'ayah, Ampang, Selangor.
Dalam pertemuan yang berlangsung kira-kira sejam itu, pemilik nama sebenar Muhammad Asyraf Khalid, 30, turut menyatakan hasrat untuk menjadi anak murid Habib Ali bagi membimbingnya untuk menjadi seorang yang lebih baik khususnya dalam bidang agama.
"Saya fikir, kalau kita nak jadi orang yang baik, kita kena mendekati orang-orang yang soleh. Kadang-kadang, iman kita ni ada naik turun tapi untuk kita tetapkan iman kita, kita kena ada seorang guru untuk sentiasa mengingatkan kita," tulisnya di Instagram.
Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu sebelum ini pernah belajar agama daripada Abuya Habib Naufal namun terhenti apabila guru agamanya itu meninggal dunia. Selepas beberapa tahun tiada guru khusus, Asyraf memutuskan untuk menuntut ilmu agama daripada Habib Ali.
"Kalau dulu, saya ada seorang Guru, Abuya Habib Naufal dari Sukabumi. Beliau yang banyak mengajar saya dalam bab agama dan adab. Tapi, Allah lebih sayangkan Abuta dan Allah ambil Abuya dulu.
"Jadi, setelah beberapa tahun tiada guru khusu bab agama, saya tergerak hati untuk hubungi Habib Ali dan saya punya permintaan adalah untuk saya menjadi anak murid beliau dan untuk beliau membimbing saya ke arah agama," coretnya.
Dalam pada itu, Asyraf turut meluahkan rasa terima kasih terhadap ayahnya yang membuka jalan untuk bertemu dengan Habib Ali. -CARI
|